Connect with us

Berita Lain

Susulan Pengiktirafan Trump, Hamas Lancar Intifada Baru Bermula Esok

Pemimpin Hamas Ismail Haniya – Foto: Reuters


Pemimpin Hamas Ismail Haniya menggesa Intifada baru bermula
esok, susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.
Menurut laporan Al-Jazeera, Ismail menyifatkan pengiktirafan
itu sebagai “pengisytiharan perang terhadap warga Palestin”.
“Keputusan AS adalah penindasan, pengisytiharan perang
terhadap kami…Ia telah membunuh proses ke arah keamanan, Perjanjian Oslo dan
proses penempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita perlu berusaha untuk melancarkan intifada untuk
berhadapan musuh Zionis,” katanya dalam ucapan di Gaza, hari ini.
Di sebalik penentangan antarabangsa dan dalam negara, Trump
kekal dengan tindakan itu dan akan memindahkan kedutaan Besar AS di Israel yang
kini terletak di Tel Aviv, ke Baitulmaqdis.

Sepanjang sejarah kemelut Palestin-Israel, sebanyak dua
intifada, atau kebangkitan, telah dilancarkan.
Intifada pertama pada Disember 1987 yang membawa kepada
Perjanjian Oslo pada 1993.
Intifada kedua pula pada September 2000 yang berpunca
daripada tindakan perdana menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon, mengunjungi
Masjid Al-Aqsa. Ia dilihat sebagai satu provokasi.
Ia berakhir pada 2005 selepas kedua-dua pihak bersetuju
untuk menghentikan serangan dan pengunduran tentera Israel di Gaza pada 2005.
Ismail menyifatkan pengiktirafan Trump itu sebagai titik
kritikal dalam sejarah Arab, dan menggesa semua puak Palestin bersatu segera
dan mula memikirkan strategi menghadapi perkara itu.

“Kami menggesa, meminta dan menekankan keperluan
menyusun semula keadaan rakyat Palestin untuk menghadapi plot berbahaya ini,
dan meletakkan keutamaan untuk menghadapi keputusan provokatif itu,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ismail menegaskan Palestin menganggap Baitulmaqdis sebagai
ibu kota negara mereka di masa depan.

Advertisement
“Seluruh Baitulmaqdis adalam kepunyaan kami,”
katanya.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel