Connect with us

Berita Lain

Tabiat Buruk Trump Suka Tonton Televisyen Sehingga Lapan Jam Sehari Didedah


NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan
mempunyai tabiat menghabiskan masa menonton televisyen sehingga 8 jam sehari.
Ianya jauh bercanggah dari kenyataannya sebelum ini yang
kononnya dia terlalu sibuk membaca dan meneliti dokumen-dokumen penting
berbanding menonton televisyen.
Sumber petugas dari White House mendedahkan kepada agensi
berita The New York Times yang Trump menonton televisyen sekurang-kurangnya
empat jam dan adakalanya sehingga lapan jam sehari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setiap hari, sekitar 5.30 pagi, Presiden Trump bangun dari
tidur dan menonton saluran televisyen dari bilik tidur utama White House,”
lapor Times.
“Trump akan menukar saluran dari saluran berita CNN, ke ‘Fox
& Friends’ untuk menenangkan diri dan mendapatkan idea, dan adakalanya
menonton rancangan ‘Morning Joe’ milik MSNBC, kerana ia dikatakan membantu
Trump untuk menjalani hidup dengan penuh bersemangat sepanjang hari.”
Televisyen juga digunakan sebagai ‘bahan’ untuk Trump memuat
naik mesej di laman Twitter yang berbaur kemarahan, lapor Times lagi.
Dan sekiranya terlepas sebarang pengumuman penting, Trump
akan menontonnya semula di peranti rakaman automatic,“Super TiVo.”
Mata trump juga tidak dapat lari dari televisyen meskipun
sedang berlangsung mesyuarat penting.

Sebuah televisyen bersaiz 60 inci juga diletakkan di bilik
makan utama khas untuknya menonton.
Sewaktu rangka lawatannya ke Asia bulan lalu, Trump berkata
dia tidak ada masa menonton televisyen kerana sibuk menyemak dokumen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Percaya atau tidak sewaktu saya di New York atau
Washington, saya tiada masa menonton televisyen,” katanya pada sekumpulan
wartawan di dalam pesawat rasmi Air Force One.
“Saya tahu mereka kata saya gemar menonton televisyen dengan
berita palsu. Begitu juga wartawan palsu, sumber palsu.”
“Hakikatnya saya tidak dapat menonton televisyen. Sebab
utamanya kerana banyak dokumen. Saya membaca banyak dokumen. Banyak. Saya
banyak membaca dari menonton televisyen,” tambah Trump.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel