Connect with us

Berita Lain

Tak Percaya Teman Wanita Dah Mati, Lelaki Buat Seks Dengan Harapan Kekasihnya Hidup Semula


Seorang lelaki memberitahu sebuah mahkamah di Amerika
Syarikat bahawa dia melakukan hubungan seks dengan mayat teman wanitanya kerana
mahu ‘menghidupkan semula’ wanita itu.
Memetik Mirror.co, tertuduh, Aaron Graser memberitahu dia
rasa cemas apabila melihat kekasihnya itu tidak menunjukkan tanda-tanda
bernyawa.
Bimbang sesuatu terjadi, tertuduh mendakwa mengikat wanita
itu sebelum mengadakan hubungan seks dengan harapan ia dapat membangunkan mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, usaha mengadakan seks kononnya dapat
memulihkan wanita itu akhirnya menemui jalan buntu, menyebabkan tertuduh
berusia 39 tahun meminta bantuan jirannya, yang merupakan seorang bekas
paramedik.
Polis tiba di lokasi kejadian dan menyoal Graser, sama ada
kematian wanita itu ada kaitan dengan laporan berkaitan mangsa dicekik, sebulan
lalu.
Tertuduh kemudian dengan sukarela memberikan maklumat bahawa
dia mengadakan hubungan seks dengan mayat kekasihnya selepas pegawai polis
menyoal mengenai kesan ikatan pada pergelangan tangan mangsa.
Waran tangkap tertuduh menjelaskan: “Graser menyatakan dia
mendengar untuk melihat jika mangsa masih bernafas dan dia terdengar bunyi
menggeletar.
“Graser mengatakan yang dia tahu mangsa tidak suka
mengadakan hubungan seks dengannya, jadi dia beranggapan bahawa mangsa mungkin
akan bangun jika dia melakukan seks dengan wanita itu.”
Dalam kejadian pada Januari lalu, pegawai polis memberitahu
bahawa pihaknya menemui dadah jenis heroin dan jarum di lokasi kejadian dan
siasatan mendapati wanita itu meninggal dunia akibat pengambilan dadah
berlebihan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan melakukan serangan
seksual dan pelanggaran akhlak, dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun.
Tertuduh juga mengaku mengikat pergelangan kaki dan tangan
mangsa kerana ‘tarikan seksualnya’, dan kedengaran bunyi menggeletar dari
tubuhnya.

Advertisement
Namun, pakar percaya ia adalah bunyi gas yang keluar dari
mayat mangsa.

Sumber: Malaysian Digest

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel