Connect with us

Berita Lain

Tempoh Perkhidmatan Pemimpin Jadi Penghias Coklat


KUALA LUMPUR: Bagi memperkenalkan kanak-kanak kepada
pemimpin negara, tempoh berkhidmat Perdana Menteri terdahulu hingga kini
dijadikan pembalut khas kepada coklat keluaran syarikat bumiputera yang hanya
dijual sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini.
Menurut pekerja syarikat itu, Nur Faiqah Ab Aziz, 23, coklat
berkenaan mempunyai enam jenis perisa kesemuanya, di mana setiap coklat
berkenaan bukan sahaja diletakkan tempoh berkhidmat malah dipamerkan wajah
bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setiap bungkusan pembalut mempunyai perasa yang berlainan
antaranya coklat berperisa mocha, almond dan bijiran.
“Contohnya coklat yang dibalut berwajah bapa kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman ini berperisa mocha dan ini secara tidak langsung memberi
pendedahan kepada kanak-kanak mengetahui serba sedikit sejarah negara kita.”
katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Setiap bungkusan coklat dijual dengan harga RM3, manakala
enam bungkusan coklat dijual dengan harga RM10 dan bagi satu set coklat khas
pengunjung boleh mendapatkan dengan harga RM15
Pengunjung boleh mendapatkan produk syarikat tempatan itu di
kawasan gerai jualan yang terletak di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) dan akan dijual sehingga berakhirnya perhimpunan parti itu Sabtu ini.

– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel