Connect with us

Berita Lain

Tiada Pilihan, Calon PM Dari HARAPAN Mesti Diumum Sebelum PRU14 – Muhyiddin


Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ada pilihan dan mesti
menamakan calon perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata
Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata rakyat mahu tahu
siapa yang akan mengetuai kerajaan sekiranya gabungan itu berkuasa kelak.
“Tidak ada pelan B, (yang ada) pelan A satu saja iaitu
mesti umum (calon perdana menteri) dan mesti diumumkan sebelum pilihan
raya,” katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight menjelang
perhimpunan agung pertama parti itu esok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhyiddin juga berkata gabungan pembangkang itu sudah
berjanji kepada rakyat mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik
berbanding BN.
“Yang ditanyakan oleh orang ramai, kalau ya kamu mahu
jadi kerajaan, siapakah perdana menteri kamu?”.
“Suara rakyat ini tidak boleh kita pendamkan atau kita
abaikan. Bagi saya yang penting bukan parti kita, yang penting apa rakyat
mahu,” tambah nya.
Media sebelum ini melaporkan HARAPAN mencadangkan Mahathir
sebagai perdana menteri sementara, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya ketika pemukiman gabungan itu di
Putrajaya awal bulan ini.
Cadangan itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan
penyokong HARAPAN sendiri, yang dilihat tidak senang dengan perkara itu.
PKR kemudian berkata parti itu belum membuat keputusan
muktamad berhubung soal itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun semalam Malaysiakini melaporkan PKR secara
prinsip bersetuju dengan cadangan agar Mahathir dipilih sebagai perdana menteri
dan  Wan Azizah sebagai timbalan perdana
menteri sementara.
Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro
politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement
Sebahagian besar pemimpin PKR bagaimanapun enggan mengulas
kerana difahamkan terdapat arahan “menutup mulut” berhubung isu
berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel