Connect with us

Berita Lain

Tuduhan Rasuah Terlalu Berat, Khairul Helmi Tetap Saman RM200,000


ALOR SETAR 8 Dis. – Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari
menuntut RM200,000 kepada pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan atas tuduhan
dia dan lima rakan sepasukan serta jurulatih, Nidzam Adzha Yusof menerima
rasuah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam, 4 November lalu.

Menurutnya, Khairul Helmi yang lebih mesra disapa Keon, dia
tetap mengambil tindakan undang-undang walaupun Ridzwan sudah mengakui
kesalahannya dan meminta maaf secara terbuka melalui video yang disebarkan
baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Tuduhan yang dilemparkan itu sukar untuk dimaafkan kerana
terlalu berat,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.
Ridzwan dalam akaun Facebook miliknya kelmarin mendakwa
Khairul dan lima rakannya iaitu Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam
Awang Kechik, Syazwan Zainon dan Ifwat Akmal Che Kassim serta jurulatih, Nidzam
Adzha menerima rasuah dalam aksi final yang berkesudahan Johor Darul Ta’zim
(JDT) menang 2-0.
Khairul memberitahu, tuduhan yang dilemparkan itu bukan
sahaja mencemar maruah, malah boleh memusnahkan karier bola sepaknya pada masa
hadapan.
“Tindakan saman RM200,000 itu wajar supaya menjadi
pengajaran kepada pemilik akaun Facebook terbabit dan orang lain supaya tidak
mudah menuduh pemain mengambil rasuan tanpa sebarang bukti.
“Saya tidak berdendam, tetapi kalau dia ikhlas mahu memohon
maaf tidak perlu menyorokkan wajahnya. Malah, jika dia benar-benar ikhlas,
sepatutnya datang berjumpa kami serta memohon maaf secara berdepan,” ujarnya
lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Mohd. Ifwat Akmal berkata, tuduhan tersebut
bukan sahaja menjejaskan pemain, malah turut memberi kesan kepada keluarga
mereka.
“Tuduhan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri saya
sebagai pemain dalam perlawanan tersebut.
“Saya juga perlu memberi penjelasan kepada ahli keluarga
yang sedih kerana terpalit dengan dengan tuduhan tersebut,” jelasnya. – UTUSAN
ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel