Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Mungkin Tidak Dapat Terima Teguran Sultan Selangor, Kata Penganalisis


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mungkin tidak dapat menerima teguran Sultan Selangor justeru bertindak
memulangkan darjah kebesaran yang diterimanya 1978 dan 2003, kata penganalisis
politik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
“Itu (tindakan memulang semula darjah kebesaran) beerti
beliau tidak mahu pingat itu. Sebab dia tidak puas hati dengan apa yang
disebutkan oleh Sultan Selangor. (Itu) saya rasalah,” katanya ketika
dihubungi Antarapos hari ini.
Dr Mahathir pada Khamis bertindak memulangkan kembali dua
darjah kebesaran yang diterimanya daripada Istana Selangor selepas Sultan
Sharafuddin Idris Shah murka kepadanya bersabit isu Bugis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) ketika berucap pada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi,
Oktober lalu cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.
Kenyataannya itu mengguris hati Sultan Sharafuddin
sementelah baginda berasal daripada keturunan Bugis.
Baginda menerusi Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah
Jais bertitah tohmahan serta kenyataan Dr Mahathir tersebut jelas menghina dan
menggolongkan bangsa Bugis kononnya berusul daripada golongan lanun, perompak
serta penjenayah.
Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin
mengesahkan kepada media bahawa Dr Mahathir sudah pun memulangkan darjah
kebesaran itu dan keputusan itu dibuat atas pertimbangannya sendiri.
Pingat berkenaan diserahkan kepada seorang pegawai kanan di
Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.
Sementara itu, isteri kepada Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah
Mohamad Ali turut melakukan tindakan sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Siti Hasmah memulangkan Darjah Kebesaran Seri Paduka
Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri bagi lelaki dan Datin
Paduka Seri bagi wanita.
Beliau juga memulangkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka
Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka bagi lelaki dan Datin
Paduka bagi wanita.
Kedua-dua darjah itu diterimanya pada 1983 dan 1994.
Difahamkan satu kenyataan berhubung perkara itu akan dikeluarkan pihak Istana Selangor, esok.

Advertisement
– Antarapos

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel