Connect with us

Berita Lain

Umno-BN Perlu Elak Perangkap Samar Mahathir


Paksi perubahan yang hendak dibawa oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad ialah, apa sahaja yang menjadi penghalang ‘citarasa politiknya’ akan
ditentang habis-habisan. Tidak kira jika yang perlu dimusuhi itu adalah
institusi Raja-raja Melayu.
Ketika beliau masih perdana menteri Malaysia, Mahathir
melihat gelagat Raja-raja Melayu dan keluarga mereka perlu didisplinkan agar
tidak mengancam kepentingan rakyat jelata. Maka diwujudkan sebuah mahkamah khas
untuk menguruskan masalah disiplin mereka.
Kini beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri tetapi masih
melihat bahawa Raja-rajapun menyebarangi sempadan “politik-raja” mengecam sikap
“biadap” beberapa pemimpin politik termasuk beliau sendiri yang pernah 22 tahun
memimpin Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lantas bila tidak berpuashati dengan tuduhan “biadap” dan
“murka” Sultan Selangor terhadapnya, Mahathir dilaporkan bertindak memulangkan
dua Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan yang dikurniakan ke atasnya
pada 1978 dan 2003.
Pertama, Dr Mahathir menerima Seri Paduka Mahkota Selangor
(SPMS) Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa gelaran Datuk.
Pingat ini dikurniakan hanya kepada dua orang pada satu-satu masa dan kuota
maksimum penerimanya ialah 40 orang.
Sejak 1998, pingat itu membawa gelaran Datuk Seri.
Sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir
dianugerahkan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis ‘Jasamu
Dikenang’ di Istana Shah Alam, Klang.
Anugerah yang hanya dikurniakan kepada maksimum 25 orang
pada satu-satu masa itu diberikan sebagai penghargaan kerajaan negeri Selangor
terhadap sumbangan dan jasa beliau kepada rakyat Selangor selama jadi Perdana
Menteri.
Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis itu bertitah
baginda berbesar hati mengurniakan DK kepada Dr Mahathir, yang dikenalinya
secara peribadi sejak 1970 sebagai rakan akrab almarhum ayahandanya, Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Namun, keadaan keruh selepas ucapan Dr Mahathir pada rapat
umum di Petaling Jaya itu yang didakwa menghina masyarakat Bugis. Video petikan
ucapan itu tular di media sosial dan mendapat bantahan masyarakat Bugis di
Malaysia, termasuk sebahagian di Indonesia.
Antara yang menegur dan kesal dengan kenyataan Dr Mahathir
itu termasuklah Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang berasal dari Sulawesi
Selatan.
Dr Mahathir ketika itu menjelaskan beliau bukannya menghina
suku Bugis tetapi hanya mengata kepada Perdana Menteri Najib Razak yang selalu
berbangga dengan keturunan Bugisnya.
“Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa
dia pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri,” katanya dalam satu
tulisan di blognya pada 26 Oktober lepas.
Bagaimanapun, Dr Mahathir melihat kemelut itu sebagai satu
peluang untuk melunasi impian politiknya menjatuhkan kerajaan UMNO-BN. Bagi
beliau lebih banyak kontroversi mengelilingi isu berkenaan, lebih banyak
publisiti yang beliau dapat.
Isu-isu sampingan di sebalik rancangan menjatuhkan kerajaan
ini memang mudah menjentik sensitiviti Melayu-Islam dan bukan Melayu.
Kebanyakan bukan Melayu memandang isu institusi Raja ini sebagai ‘kurang mesra
kepentingan mereka’.
Umumnya, isu ini secara langsung atau tidak, diibaratkan
“duri dalam daging kepentingan mereka” hingga mewujudkan ‘persaingan tidak
seimbang’ dalam keseluruhan semangat Perlembagaan yang sering dirasakan sebagai
‘memihak Bumiputera dan Melayu’.
Mahathir sering menggunakan “dacing perkauman” dalam
perhitungan politiknya. Contoh paling nyata ialah apabila pengundi Melayu
umumnya menghukum pertimbangan “kurang Melayunya” terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada 1988, Mahathir turut dihukum.
Pada Pilihanraya Umum 1999 pengundi Melayu mempamerkan
“kemarahan terhadap Mahayhir” mengakibatkan UMNO-BN hilang kuasa di Terengganu
dan hampir tumpas di Kedah. Namun Mahathir bingkas membalas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir “mendedak” bukan Melayu dengan pengenalan PPSMI
(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Metamatik Dalam Bahasa Inggeris”.
Strategi ini merapatkan pengundi bukan Melayu padanya dan mengikis kuasa/nilai
ekonomi Bahasa Melayu.
Justeru tidak hairanlah Dr Mahathir menyambar isu kemurkaan
Sultan Selangor terhadapnya itu dengan tindakan memulangkan darjah kebesaran
Selangor tanpa dituntut oleh Istana Selangor.
Tindakan pantas Mahathir ini mempamerkan ketegasannya tidak
mahu Sultan mencampuri politik. Sekali lagi ini merapatkan beliau dengan
pengundi bukan Melayu dan “merangsang” aktivis politik Melayu untuk menyokong
pendiriannya itu.
Mesej beliau akan mengukuhkan iltizam sesetengah aktivis
politik Melayu untuk turut bangkit mencabar institusi Di Raja. Salah seorang
daripadanya ialah bekas Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Dengan mengembangkan fokus penentangan rakyat terhadap institusi
di raja, Mahathir akan menyebarkan persepsi bahawa institusi di raja adalah
paling akrab dengan kerajaan hari ini dan dihasut supaya “melemahkannya”. Yang
untungnya parti-parti pembangkang.
Belum seminggu UMNO bersidang dengan rumusan UMNO patut
memenangi perang siber, pakatan pembangkang pimpinan Mahathir sudah mendahului
dengan memperbesarkan kemelut sektor politik lawan institusi di raja. Apa Tan
Sri Annuar Musa mahu lakukan?
Bagaimana mahu menyekat tentera siber UMNO-BN terjebak dalam
agenda politik Mahathir? Dalam kes ini jelas Mahathir yang ‘menentukan’ agenda
perang siber. Isu ini jika tidak tangani dengan tuntas akan menjarakkan Melayu
dengan bukan Melayu.
Mungkin adalah bijaksana jika UMNO-BN ambil kesempatan ini
untuk memperjelaskan apa takrif “menghasut” dan “kesetiaan” pada Raja-raja.
Biarlah dilakukan siasatan terperinci berhubung kemelut ini agar ia boleh
menjadi sempadan di antara institusi Diraja dan politik.
Hasil siasatan boleh mempamerkan siapakah dan pihak manakah
yang turut terbabit dalam usaha yang nampaknya agak tersusun untuk “meremehkan”
institusi di raja ini.
Sikap membisu Menteri Besar Selangor, misalnya, yang “kurang
bersemangat” mempertahankan institusi di raja patut diteliti sebagai satu
‘kelemahan’ atau unsur terbabit memercikkan api “memandang rendah kedudukan
Sultan Selangor”.
Dalam kes ini Dr Mahathir nampaknya yang mendapat publisiti
dan berjaya “menyakat” UMNO-BN untuk menyebarluaskan publisiti untuknya.
Sedangkan jentera UMNO-BN nampaknya terkial-kial untuk memberi respons.

Sumber: Antarapos

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel