Connect with us

Berita Lain

‘Umno Parti Paling Lama Memegang Kuasa Di Dunia’



Sayap Wanita UMNO merupakan faktor utama kelangsungan parti
sejak 71 tahun lalu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor.

Beliau berkata pergerakan itu merupakan tulang belakang UMNO
seperti yang pernah diakui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sebelum ini.
“Daripada kira-kira 3.6 juta anggota parti, separuh adalah
wanita. UMNO berusia 71 tahun dan kita sebenarnya adalah parti yang paling lama
memegang kuasa di dunia,” katanya berucap pada jamuan malam bersempena
Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik (WIPKL) 2017, di Kuala Lumpur
malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Dianjurkan oleh Wanita UMNO, persidangan sehari itu yang
diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO, akan dirasmikan oleh Najib esok.
WIPKL pertama kali diadakan pada 2015 semasa Malaysia
mempengerusikan ASEAN.
Wanita dan Revolusi Industri 4.0
Tengku Adnan berharap peserta persidangan akan terus
menghidupkan jaringan tersebut serta saling berkongsi pandangan dan bertukar
idea mengenai pelbagai isu apabila persidangan itu berakhir.
Persidangan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia
Putra itu dijangka menampilkan penceramah dari 18 negara dan 27 parti politik
termasuk dari Amerika Syarikat, Uganda, Palestin, Mauritius dan Kyrgyzstan.
Antara penceramah terbabit ialah Ketua Whip Kerajaan Uganda
Ruth Nankabirwa; Menteri Tenaga Manusia kedua Singapura Josephine Teo dan
Pengarah Serantau Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik
Dr Miwa Kato.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Persidangan yang dijangka disertai 1,000 perwakilan itu akan
membincangkan tentang kepentingan kesaksamaan substantif dan kepimpinan wanita
dalam dunia yang terkesan dengan Revolusi Industri 4.0.


Ia juga akan menyediakan peluang kepada perwakilan untuk
menjalinkan hubungan baharu selain menggalakkan perbincangan mengenai isu-isu
wanita dan politik.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel