Connect with us

Berita Lain

Umno Takutkan Bersatu, Kata Muhyiddin


SHAH ALAM – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin
BN khususnya Umno takut kepada perjuangan Bersatu.
Muhyiddin berkata, Umno sekarang berada dalam keadaan cemas
kerana rakyat tidak lagi menyokong mereka.
“Nampak sahaja mereka senyum, tapi dalam hati mereka
sedang bergelora dan takut.
“Lebih-lebih lagi takut pada Bersatu,” katanya
menerusi ucapan Perhimpunan Agung Bersatu, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhyiddin juga yakin BN akan tumbang pada PRU14 sekiranya
seluruh rakyat bersatu hati menentang mereka menerusi peti undi.
“Dalam keadaan terdesak ini, mereka akan melakukan apa
sahaja untuk kekal berkuasa.
“Jika diadakan pilihan raya esok, mereka akan kalah,
jika itu berlaku, maka segala penyelewengan mereka terbongkar, dan ramai dibawa
ke muka pengadilan,” katanya lagi.
Menurut Muhyiddin, BN mahukan kemenangan bukan untuk
menyelamatkan negara, tetapi untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
“Kita dapat bayangkan pelbagai taktik kotor akan
digunakan dalam PRU nanti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada waktu ini pun mereka sedang berusaha untuk
meluluskan persempadanan baharu kawasan pilihan raya yang amat berat sebelah.
“Namun, kita yakin, jika majoriti besar rakyat menolak
BN, persempadanan kawasan pilihan raya yang baharu ini pun tidak dapat
menyelamatkan mereka,” jelasnya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel