Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] ‘Saya Boleh Jadi PM Sementara Jika Rakyat Terdesak’ – Tun M



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata beliau boleh dicalonkan menjadi perdana menteri kerajaan sementara jika
rakyat terdesak.

“Jika rakyat benar-benar terdesak dan tidak ada lagi
orang lain (untuk jawatan itu), barangkali orang tua berusia 92 tahun ini boleh
menjadi calon,” kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) hari ini.
Bagaimanapun, pemukiman HARAPAN yang berlangsung dua minggu
lalu tidak memutuskan sebarang kesimpulan mengenai calon PM kerajaan sementara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka tidak mencalonkan saya lagi dan tidak ada
keputusan dibuat semasa pemukiman itu,” kata mantan perdana menteri itu.
Ketika pemukiman dua hari pada 1 dan 2 Disember lalu,
HARAPAN berbincang dan memutuskan untuk melantik Mahathir dan Presiden PKR
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana
menteri kerajaan sementara.
Namun, PKR mendakwa ini bukanlah keputusan rasmi dan parti
itu akan terus membincangkan perkara tersebut.
Sementara itu, Mahathir berkata yang beliau telah berjumpa
dengan peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat, Kimberly Motley yang tiba di
Malaysia semalam bagi mendesak kerajaan membebaskan anak guamnya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Saya telah berjumpa dengannya, saya setuju dan akan
menyokongnya,” kata Mahathir.
Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah pula
berkata, HARAPAN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Motley merancang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berhubung perkara itu.


Advertisement
Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel