Connect with us

Berita Lain

Wanita Hamil Maut Selepas Dihempap Almari Kasut


SHAH ALAM: Seorang suami tidak menyangka, kegembiraan
bersama isteri dan anak-anak berbual mengenai bayi yang bakal dilahirkan
Januari depan ketika minum petang di rumahnya di Seksyen 23, di sini merupakan
yang terakhir bagi mereka sekeluarga.
Ini kerana beberapa minit setelah selesai menjamu selera,
isterinya, Nor Haslina Harun, 35, yang sarat mengandung lapan bulan maut akibat
dihempap almari kasut setinggi hampir dua meter yang diperbuat daripada kayu
ketika membuka pintu rumah untuk keluar menutup pintu pagar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Akibat hempapan tersebut, Izri Sham Hussin, 36, bukan sahaja
kehilangan isteri yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di
kepala, malah bayi dalam kan­dungan Nor Haslina juga gagal diselamatkan.
Paling dikesalkan Izri Sham, isterinya telah pun memaklumkan
mengenai almari kasut tersebut yang sudah diserang anai-anai, tetapi disebabkan
sibuk dengan tugasan, dia tidak berkesempatan untuk memperbaikinya sehinggalah
almari itu akhir­nya tumbang dan membunuh isteri serta bayinya.
Jelas bapa kepada tiga anak itu, isterinya mungkin cuba
membetulkan almari kasut tersebut yang telah renggang dan menyebabkan perabot
tersebut tumbang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Memang sebelum ini, isteri ada memaklumkan rak (almari)
yang dipasang di luar rumah sudah dimakan anai-anai dan telah renggang daripada
kedudukan asalnya, namun saya tidak sempat membetulkannya,” katanya ketika
ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisio­ner
Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 7.35
malam selepas mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam.
“Sejurus menerima laporan, kita telah menghantar pegawai
penyiasat ke hospital dan berjumpa dengan suami mangsa. Hasil siasatan
mendapati mangsa dihempap almari simpanan kasut di rumahnya,” katanya.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel