Connect with us

Berita Lain

Wanita Tempatan Dijumpai Maut Dengan Kesan Jerut



KAMPAR – Seorang wanita tempatan dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan jerutan di leher di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini, hari ini.


Mangsa, S. Letchumi, 28, dari Bandar Baru Kampar, ditemui dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang datang ke ladang itu untuk mencari cendawan pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, berdasarkan keadaan mayat, mangsa yang sudah berkahwin itu dipercayai dibunuh kurang daripada tempoh 24 jam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul objek tumpul,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Katanya, pihak polis menemukan kunci motosikal dan topi keledar milik mangsa di lokasi kejadian tetapi motosikal dipercayai milik mangsa ditemukan di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Kampar.

Ng berkata polis telah memaklumkan kepada waris mangsa mengenai kejadian itu dan mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang giat memburu suspek.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel