Categories: Berita Lain

‘Saya Rasa Pandangan Hamidah Itu Memang Tepat’


JOHOR BAHRU – Padangan bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk
Hamidah Osman mengenai mesyuarat agung parti terbabit adalah tepat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed
berkata, perlembagaan parti itu menghendaki mesyuarat di peringkat cawangan dan
bahagian dilaksanakan terlebih dahulu sebelum masyuarat agung diadakan.
“Saya rasa pandangan beliau (Hamidah) itu memang tepat
bahawa parti Bersatu ini tidak menjalankan mesyuarat agungnya mengikut
perlembagaan sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perlembagaan mereka mengkehendaki bahawa mesyuarat (di
peringkat) cawangan dan bahagian dilaksanakan dahulu sebelum mesyuarat agung di
peringkat nasional dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas
Majlis Tahlil Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat di Kompleks Tan Sri Mohamed
Rahmat di sini semalam.
Nur Jazlan berkata, kegagalan Bersatu menjalankan mesyuarat
di peringkat cawangan dan bahagian juga menunjukkan satu penipuan pemimpin
parti berkenaan kepada rakyat.
“Ini juga saya rasa satu penipuan kepada rakyat yang
dibuat oleh pemimpin parti Bersatu yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan
bahawa mereka mempunyai sokongan di akar umbi yang meluas.
“(Kata) tiap-tiap negeri ada… tiap-tiap daerah ada
sokongan ke atas mereka. Tapi kalau mereka tak boleh mengadakan mesyuarat di
peringkat cawangan dan bahagian, maknanya ini bukan parti yang mempunyai akar
umbi,” katanya.
Sambil menyindir Bersatu sebagai sebuah parti yang
diwujudkan di awang-awangan, Ketua Umno Bahagian Pulai itu berkata, beliau
merasakan Bersatu tidak akan dihormati parti lain dalam pakatan pembangkang.
“Dan juga lepas ini, saya rasa akan diketepikan oleh
parti pembangkang.
“Jadi saya rasa peluang untuk Tun Dr Mahathir (Mohamad)
untuk memimpin parti pembangkang ini juga agak tipis disebabkan keadaan sebenar
parti Bersatu ini yang tidak mempunyai sokongan ataupun jentera di peringkat
akar umbi,” katanya.
Beliau berata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum
ini telah menyatakan bahawa Bersatu dikehendaki menepati semua syarat dalam
perlembagaan mereka terlebih dahulu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka kelirukan (rakyat) dengan berkata RoS bertindak
dengan tidak adil, RoS berat sebelah. Tapi RoS hanya bertindak berlandaskan
kepada perlembagaan parti yang dikemukakan oleh pemimpin parti Bersatu sendiri.
“Mereka sendiri tak dapat melaksanakan kehendak
perlembagaan mereka, lepas tu nak salahkan RoS?. Saya harap rakyat tidak
tertipu dengan helah parti Bersatu ini,” katanya.
Terdahulu, dalam satu sidang media, Hamidah mempersoalkan
keabsahan mesyuarat agung Bersatu yang diadakan, baru-baru  ini.
Beliau turut mengingatkan Bersatu tidak menyalahkan RoS
kerana kegagalan mengikut perlembagaan parti.

Advertisement
Selain itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Penaja Bersatu
Gopeng menyifatkan Bersatu sebagai belum bersedia untuk memerintah negara.

– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

1 day ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

6 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

6 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago