Categories: Berita Lain

Jurusolek Ditemui Mati Dengan Kesan Darah Di Leher


KUALA KRAI: Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan
darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi,
hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning
berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37,ditemui terbaring di atas katil sebuah
rumah yang didiami bersama rakannya.
“Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari
rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah
untuk membuat gubahan bunga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak
bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk,”
katanya.
Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan
mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.
“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati mangsa
mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan
badan sebagai persiapan menyertai pertandingan ratu cantik di Thailand pada
bulan Februari depan.
“Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut
sebanyak 7 botol dan hanya makan nasi seminggu sekali serta seringkali mengadu
penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan,”
katanya.
Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati
terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang
kesan geledah,telefon bimbit serta beg tangan berada bersama mangsa.
“Hasil pemeriksaan di bilik juga tidak menjumpai tali
atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di
rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan
lanjut,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang
unsur jenayah berhubung kematian mangsa,
“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke
atas mayat mangsa yang telah di hantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya.
-Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago