Categories: Berita Lain

Ringgit Dibuka Tinggi, Bukti Ekonomi Kukuh – PM


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berhasrat menjadikan 2018 sebagai Tahun Kejayaan dan Keberhasilan Yang
Mengagumkan bagi Malaysia.

Katanya beliau mahu negara dan kerajaan terus kukuh dan
mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang
utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya
dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup
rakyatnya.
“Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai ‘delivery’
dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi
kemaslahatan rakyat, selain menangkis segala ‘perang persepsi’, propaganda dan
tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
di media-media sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak
kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga
majulah Malaysia, rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta
lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah,” kata beliau dalam catatan
terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini.
Najib berkata ini menunjukkan bahawa ‘kita adalah sebuah
kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan
rakyat dan negara’ dan mengingatkan rakyat tidak sesekali membiarkan negara
kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan
autokratik.
Perdana menteri berkata kerajaan hari ini merupakan kerajaan
yang mempunyai rekod yang sudah terbukti, visi dan misi sangat jelas serta jauh
dan diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta
komprehensif.
“Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa ‘ekonomi Malaysia
berkembang dari kedudukan kukuh’ dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi
tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil
segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan,
kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.
“Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal
berdaya tahan pada 2018 dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebenar
berkembang antara 5 peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam
negeri,” kata beliau.
Pada masa sama, Najib mahu kerajaan terus berjaya dalam
penyampaian perkhidmatan, cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran,
termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa
bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua
aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.
Selain itu, beliau juga mahu memastikan kerajaan pimpinan
Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana ingin terus
berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang
mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara.
“Lebih daripada itu, saya juga mahukan kerajaan ini, negara
Malaysia dan rakyatnya pula berjaya dengan cemerlang serta seimbang, mencapai
Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi,” kata beliau.
Perdana menteri berkata beliau telah menjadikan 2017 sebagai
Tahun Penyampaian dengan tahun itu turut mencatatkan pelbagai kenangan pahit
dan manis selain membawa pencapaian demi pencapaian yang membanggakan.
“Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan iaitu pada 6.2
peratus untuk suku ketiga 2017 berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku
ketiga pada tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya
untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9
peratus kepada 5.8 peratus.
“Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti
Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh
kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi
dikukuhkan,” kata beliau.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata 2017 adalah tahun
pemulihan bagi nilai mata wang ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh
secara perlahan-lahan dan mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh dan
berdaya tahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, negara turut mencatatkan kejayaan lain pada
tahun lepas termasuk pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di
Malaysia, pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan
Petrokimia (RAPID) di Johor, nilai eksport mencecah RM80 bilion nuat julung
kalinya dan pembinaan projek infra-rakyat yang sedang rancak dijayakan seperti,
East Coast Rail Link di Pantai Timur, High Speed Rail, dan projek Lebuhraya Pan
Borneo di Sabah dan Sarawak.
Najib juga berkata dalam Akujanji kerajaan Barisan Nasional,
melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, kerajaan berjaya mencapai
97.6 peratus pelaksanaannya hasil usaha semua khususnya penjawat awam.
Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan para penjawat
awam supaya sama-sama berniat, berazam dan bertekad untuk memberikan
perkhidmatan terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak
kelaziman bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan
cemerlang untuk tahun ini.
“Penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih
bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia
sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar
berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum paling
berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya
Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi ‘global player’ yang berjaya
dalam segenap dimensi dan sudut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia lantang
memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta
Palestin selain menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis
sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Advertisement
Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN
dan dalam kalangan negara-negara Islam, ia juga mempunyai hubungan baik dengan
negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi
dan India. – BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago