Categories: Berita Lain

Tun M Dijangka Bertemu Anwar Esok


Tiga hari selepas dinamakan sebagai calon perdana menteri,
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad
dijangka bertemu Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Pertemuan itu akan berlangsung di Hospital Rehabilitasi
Cheras, tempat Anwar menjalani pemulihan selepas pembedahan bahu pada November
tahun lepas.
Rancangan pertemuan itu diumumkan melalui jemputan media
oleh PKR hari ini.
Susulan tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Dr
Mahathir sebagai calon perdana menteri pada konvensyen HARAPAN Ahad lalu, bekas
perdana menteri itu berdepan rungutan terutama daripada beberapa kumpulan dalam
PKR.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Penerangan PKR Selangor Hizwan Ahmad menolak keputusan
itu sementara Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Pengerusi
PKR Selangor, bertegas bahawa Dr Mahathir sebaliknya dilantik sebagai menteri
kanan sahaja.
Penolakan itu dibuat meski selepas Naib Presiden PKR Nurul
Izzah Anwar membacakan kenyataan Anwar yang menyatakan beliau menerima
keputusan pakatan itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut secara spesifik nama Dr
Mahathir dalam kenyataan itu.
Dr Mahathir, dalam ucapannya berterima kasih kepada Anwar
dan berkata beliau terhutang budi dengan orang yang satu ketika pernah
dipecatnya sebagai timbalan perdana menteri dan terlibat dalam mensabitkan
tuduhan liwat dan rasuah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anwar dibebaskan pada 2004 selepas tuduhan liwat digugurkan
namun dipenjara atas tuduhan serupa pada 2014.

Anwar mendakwa tuduhan itu bermotifkan politik sementara
Putrajaya menafikan sebarang konspirasi ke atasnya.

Advertisement
Pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan dari penjara pada
8 Jun.

– Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

24 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago