Connect with us

Berita Lain

Mengamuk Dan Serang Polis, Farid Kamil Ditahan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil
ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain
dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd
Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan
untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan
ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis
hutang ah long’.
“Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota
polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang
awam.
“Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang
awam lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan
disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh
di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang
menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan, Farid disyaki
berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan
terhadapnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel