Categories: Berita Lain

TPM Ziarah Jenazah Mendiang Tan Sri Celestine Ujang


KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi malam ini menziarahi jenazah Tan Sri Celestine Ujang Jilan, yang
meninggal dunia pada malam Rabu lalu di sebuah hospital swasta di sini akibat
sakit tua.
Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Zahid meminta anggota
keluarga bekas anggota Kabinet negeri Sarawak dan bekas Speaker Dewan Undangan
Negeri Sarawak itu menerima pemergian mendiang dengan hati yang tabah.
Katanya, beliau mengenali mendiang sejak tahun 1989 ketika
mereka bersama-sama dalam Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) dan
menganggapkan keluarga mendiang seperti keluarga beliau sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menyifatkan Ujang sebagai seorang sahabat yang baik dan
seorang pemimpin yang berwibawa, Ahmad Zahid turut menziarahi mendiang sebanyak
tiga kali sejak beliau jatuh sakit.
Mendiang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Kamena dari
1974 hingga 2001 dan pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Speaker
DUN Sarawak serta Menteri Perumahan dan Pembangunan Tanah sebelum beliau
bersara 2001.
Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Nirvana,
Jalan Kuching-Bau Siniawan pada jam 1.30 tengah hari esok selepas
disembahyangkan di Gereja St Joseph, Kuching.
Sementara itu, beberapa pemimpin tempatan menyifatkan
pemergian Ujang sebagai kehilangan besar, bukan sahaja kepada Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) dan sayap Pesaka, tetapi juga kepada penduduk dalam
DUN Kemena.
Datuk Dr Stephen Rundi Utom, yang menggantikan Ujang sebagai
ADUN Kemena, berkata peduduk Kemena berasa sangat sedih apabila mendapat
perkhabaran tentang pemergian Ujang pada petang Rabu lepas.
Rundi, yang juga Menteri Utiliti Sarawak, berkata mendiang
Ujang membawa banyak perubahan dalam kawasan pilihan raya itu dan
mempertingkatkan taraf hidup penduduk menerusi pelaksanaan pelbagai program
sosio ekonomi khususnya dalam projek pembangunan tanah.
“Kami di Kemena berasa amat keberatan apabila beliau
menyatakan kepada kami hasratnya untuk bersara pada 2001 oleh kerana pada masa
itu, usia beliau dianggap masih muda (54 tahun) untuk beliau bersara selepas
berkhidmat di negeri ini dengan menjawat pelbagai jawatan, termasuk antara yang
paling lama, Ketua Pemuda PBB (dari 1974 hingga 1998),” kata Dr Rundi.
Dr Rundi berkata selepas persaraannya daripada politik pada
2001, Ujang tetap setia kepada parti dan terus memberi bimbingannya, yang
paling dihargai oleh pemimpin dan anggota parti.
Seorang sahabat karib mendiang, Datuk Peter Minos pula
menyifatkan mendiang Ujang sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa turun
padang untuk mendekati masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mendiang Tan Sri Celestine Ujang sahabat karib saya dan
kami kembara bersama selama bertahun-tahun di Bintulu. Kami mengunjungi banyak
tempat dan menginap di rumah panjang beliau di Sebauh, Bintulu,.
“Lokasi kegemaran kami ialah kawasan Ulu Tubau dan Kebulu,
menangkap ikan semah dan bertemu suku kaum Kayan serta Punan di sana.
“Mendiang Ujang seorang yang baik. Beliau melaksanakan
tugasnya sebagai seorang menteri dan Speaker DUN dengan cemerlang, tidak pernah
bercakap benda buruk tentang orang lain sungguhpun mereka bercakap atau
melakukan perkara buruk terhadapnya,” kata Minos.

Advertisement
Menurut Minos, mendiang Ujang seorang yang pemurah dan baik
hati, bertimbang rasa terhadap orang lain serta sangat disenangi. – BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago