Categories: Berita Lain

100 Anggota BERSATU Klang Umum Keluar Parti


Kira-kira 100 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) Klang termasuk daripada sayap Pemudanya bertindak keluar parti dan
menyertai Umno selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti
dan Pakatan Harapan.
Kumpulan itu yang diwakili Pembantu Wakil Pendaftaran
Keahlian BERSATU Klang Mohd Hazwan Zulkifly menyerahkan borang keanggotaan Umno
kepada Ketua Umno Klang Datuk Nasarruddin M. Zin di Bangunan Umno Klang, di
Pelabuhan Klang hari ini.
Mengulas tindakan mereka kepada pemberita kemudian, Mohd
Hazwan mendakwa mereka, termasuk beberapa individu yang memegang jawatan Exco
Pemuda, muak dengan permainan politik pemimpin BERSATU yang mementingkan diri
dan kroni.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami yang keluar BERSATU ini merupakan penggerak parti
yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja parti, dengan ini BERSATU
Klang telah lumpuh,” dakwanya.

Menurutnya kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui
Parti Keadilan Rakyat menangani isu-isu rakyat seperti air, sampah dan rumah
mampu milik turut membuktikan pakatan pembangkang belum bersedia memimpin
kerajaan persekutuan.
Sementara itu, Nasarruddin berkata pintu Umno Klang sentiasa
terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu berkhidmat untuk rakyat
menyertai Umno.
Katanya hanya Umno dan Barisan Nasional sentiasa komited
untuk berkhidmat kepada rakyat. -Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

10 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago