Connect with us

Berita Lain

17 Kumpulan Ajaran Sesat Muncul Tahun Lepas


PUTRAJAYA – Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat dan
menyeleweng dikenal pasti telah muncul di negara ini pada tahun lepas, kata
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata di
negeri Selangor pula, laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menunjukkan
sebanyak 19 daripada keseluruhan 39 kumpulan yang direkodkan masih lagi bergiat
aktif.
Bagaimanapun, katanya hasil usaha komited dan konsisten
daripada Jais dan agensi yang berkaitan, sebanyak 246 tangkapan berhubung
ajaran sesat telah dijalankan tahun lepas, meningkat berbanding hanya 31
tangkapan pada 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Inilah gambaran kesungguhan kerajaan dengan kerjasama
agensi yang berkaitan bagi memastikan usaha memartabatkan institusi Ahli Sunnah
Wal Jamaah dalam amalan Islam di Malaysia.
“Kita serius menangani ancaman ajaran sesat,” katanya semasa
berucap pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundingan Islam
(MPI), di sini hari ini.
Turut hadir pada multaqa itu ialah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Pendidikan Datuk
Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.
Pada multaqa itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI, turut
mengumumkan pelantikan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi MPI yang baharu, menggantikan Tan Sri
Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas.
Sementara itu, Ahmad Zahid menyarankan agar peranan ulama’
dan umarak (pemimpin) terus diperkasakan terutama dalam berhadapan ancaman
terhadap pemikiran umat Islam yang hadir dalam pelbagai bentuk.
Katanya antara serangan tersebut adalah dalam bentuk
meragukan ajaran-ajaran Islam yang telah thabit (berlandaskan hadis sahih)
melalui fahaman relativisme, pentafsiran semula nas-nas agama dan menggalakkan
ijtihad-ijtihad (penyelidikan) baharu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Serangan terhadap pemikiran umat Islam juga datang melalui
tindakan sesetengah pihak mengangkat sisi praktikal sosiologi melalui fahaman
pluralisme, hubungan rentas agama serta aktiviti-aktiviti yang meraikan hak-hak
golongan yang dikatakan didiskriminasi seperti lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT),” katanya.
Pada multaqa kali keempat yang dihadiri 600 peserta itu,
Ahmad Zahid turut menerima resolusi daripada Kluster Dakwah dan Kluster
Pemikiran Islam MPI.

Advertisement
Beliau berkata resolusi tersebut yang antara lain menyentuh
mengenai cabaran pemikiran umat Islam, tidak seharusnya hanya tinggal di atas
kertas, tetapi harus dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sahaja oleh
kerajaan, malah oleh ulama’ dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel