Categories: Berita Lain

Dr M: Saya Bukan Hina Penjual Nasi Lemak, Pemandu Uber


DR Mahathir Mohamad menegaskan kenyataannya mengenai penjual
nasi lemak dan pemandu e-hailing bukanlah berniat untuk menghina.
Sebaliknya pengerusi Bersatu berusia 93 tahun itu berkata,
tujuan sebenarnya adalah untuk membangkitkan isu graduan menjual nasi lemak dan
menjadi pemandu Uber kerana dasar ekonomi negara yang menutup peluang pekerjaan
dalam bidang dipelajari mereka semasa di universiti, lapor The Malaysian Insight.
“Ini bukan soal menghina sesiapa. Ada orang jual nasi lemak
kerana itu cara mereka menyara hidup. Ada orang yang terpaksa bawa kereta Uber
bukan kerana itu pilihan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka terlatih dalam bidang yang lebih tinggi di mana
melayakkan mereka (apabila keluar) menjadi jurutera dan sebagainya,” katanya di
pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya yang disiarkan secara langsung menerusi
akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata graduan
negara ini begitu terdesak hingga terpaksa bekerja sebagai penjual nasi lemak
dan pemandu Uber .
Beliau menyalahkan kerajaan kerana gagal menyediakan sistem
pendidikan bermutu.
Bagaimanapun, kenyataannya itu dikecam oleh ramai pihak
terutama beberapa menteri Kabinet Umno.
Menjawab kritikan tersebut, beliau berkata situasi tersebut
juga adalah satu pembaziran.
“Orang ini terpaksa, bukan kerana kesilapan mereka tapi
kerana dasar kerajaan yang kononnya ekonomi menguntungkan negara dengan KDNK
perkapita tinggi tapi orang (graduan) ini masih menganggur.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kalau kita nak semua graduan buat nasi lemak, buat
pilihanlah siapa jual nasi lemak. Kita akan hantar ke universiti supaya dia
balik guna pelajaran yang didapati di universiti boleh beri pulangan pendapatan
yang lumayan kepadanya.

“Tetapi kerana peluang ini tidak ada kerana dasar ekonomi
negara maka mereka terpaksa menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber untuk
menyara hidup, ini bukan pilihan mereka.”


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago