Categories: Berita Lain

Lebih Baik Bersama Malaikat Yang Tak Dilihat – Abdul Hadi

Foto: TMI

PADA zaman dahulu kala, ada seorang pemimpin yang bermadah
daripada bahasa asing yang menjadi kebanggaannya menyebut, “adalah lebih baik
bersama syaitan yang dikenali daripada bersama malaikat yang tidak dikenali”.
Kenyataan yang mengejutkan seseorang yang beriman, kerana
kita disuruh beriman kepada malaikat makhluk yang baik dan mulia walaupun kita
tidak pernah melihatnya dengan mata.
Adapun syaitan itu telah ditetapkan sifat wajibnya, jahat
dan menipu walaupun dia berupa manusia yang segak dan menarik.
ALLAH yang wajib bersifat Maha Benar dan Rahmat menyuruh
kita beriman kepada adanya makhluk malaikat yang berada di alam ghaib, yang
sangat suci peribadinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

ALLAH berfirman mahfumnya:“Para Malaikat itu tidak sekali-kali
durhakakan ALLAH terhadap apa-apa sahaja yang diperintah kepada mereka supaya
melakukannya dan mereka mesti melakukan apa sahaja yang diperintah (ALLAH)
kepada mereka supaya dilaksanakan” (Surah At-Tahrim: 6)
Sebaliknya syaitan pula, ALLAH menyuruh hamba-Nya supaya
memohon perlindungan ALLAH daripada kejahatannya dalam surah yang terakhir
daripada Kitab Suci al-Quran dan setiap kali memulakan bacaan al-Quran.
Ia menunjukkan betapa bahayanya syaitan itu dalam kehidupan
manusia, sehingga orang membaca al-Quran boleh ditipunya, termasuk yang
bersembahyang, apatah lagi yang buta al-Quran atau kurang sembahyangnya dan
lebih lagi kalau tidak sembahyang, kerana terus boleh dikerah bila-bila masa
dan di mana sahaja menjadi khadam atau agennya.
Mungkin yang mengenali syaitan itu sudah bersahabat
dengannya. Oleh kerana tidak pernah melihat malaikat, maka dirasakan syaitanlah
yang lebih berjasa dan berbudi, atau dia juga berperangai menipu dan berputar
belit seperti syaitan.
Adapun orang yang beriman sudah cukup percaya dengan pesanan
al-Quran dan nasihat Rasulullah SAW Kalau dia pernah ditipu atau disesatkan
oleh syaitan, maka dengan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Satu kisah menarik dalam kitab Tasawuf menceritakan pada
zaman dahulu bagaimana seorang lebai yang kuat beragama ditipu oleh syaitan
walaupun sembahyangnya tidak ditinggalkan. Apabila diketahuinya penduduk sebuah
kampung memuja pokok yang disangka penunggu daripada syaitan yang berbudi
kepada mereka sehingga menjadikan hasil pertaniannya subur, maka pokok itu
menjadi tempat pemujaan.
Maka si lebai yang kuat bersemangat agama itu mahu mencegah
kemungkaran syirik memuja syaitan membawa kapak dengan niat ikhlas kerana ALLAH
bersemangat menebang pokok yang dipuja.
Apabila tiba ditempatnya muncullah syaitan yang disangka
menjadi penunggu itu menghalangnya. Maka bergelutlah dia dengan syaitan itu,
kerana tujuannya kerana ALLAH, syaitan dapat dikalahkannya.
Tiba-tiba syaitan yang pandai menipu itu merayu supaya dia
dibebaskan dengan tawaran yang menarik, menjanjikan kepada pak lebai bahawa dia
akan meletakkan duit di bawah tikar sembahyangnya setiap pagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dengan tawaran duit ini, maka pak lebai sedia membebaskan
syaitan yang sudah dikenali dengan janjinya yang menarik itu.
Arkian kisah cerita berikutnya, pak lebai mendapati memang
ada duit yang dijanjikan di bawah tikar sembahyangnya, maka terikat kasih
kepada syaitan yang dikenali kerana duit itu.
Al-kisah setelah beberapa hari tiba-tiba duit tidak ada
lagi. Maka marahlah pak lebai kerana syaitan sudah menipunya dan mungkir janji.
Terus dipikul kapaknya dengan penuh semangat berhasrat untuk menebang pokok
kerana marahnya kepada syaitan yang memungkiri janji tidak ada lagi duit yang
diberikan, bukan lagi kerana mencegah kemungkaran yang akan dicatat oleh
malaikat yang tidak dilihatnya akan amal pahala menentang syaitan itu.
Apabila dia sampai, syaitan terus menghalang dan berlaku
pergelutan yang sengit, tiba-tiba kali ini syaitan yang menang dan pak lebai
menyerah kalah.
Demikianlah akibat percaya kepada syaitan yang dapat dilihat
dan tidak percaya kepada malaikat yang tidak dapat dilihat.

– Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago