Categories: Berita Lain

Anak ‘Datuk’ Ke Tali Gantung Kerana Kes Bunuh 2006


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman
mati yang dijatuhkan ke atas ahli perniagaan, Shahril Jaafar kerana membunuh
seorang eksekutif pemasaran dekat sebuah kelab golf di Sungai Petani, pada
2006.
Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif memutuskan sabitan
Mahkamah Tinggi pada 2015 terhadap Shahril, anak kepada seorang ahli perniagaan
bergelar Datuk, kerana membunuh Chee Gaik Yap, adalah tepat, lapor FMT.
“Kami sebulat suara dalam keputusan kami.
“Berdasarkan keterangan mengikut keadaan, kami dapati
tertuduh adalah orang yang bertanggungjawab ke atas kematian mangsa,” katanya
ketika menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim lain yang menganggotai panel itu adalah Tan Sri Hasan
Lah, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Tan Sri Jeffrey Tan dan Datuk Alizatul Khair
Osman Khairuddin.
Shahril, 37, hanya mengangguk apabila mahkamah menyampaikan
keputusannya.
Pada 2015, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman
mati kepada Shahril kerana membunuh graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu
berhampiran Kelab Cinta Sayang di Taman Ria, Sungai Petani.
Chee yang ketika itu berusia 25 tahun dan bekerja sebagai
eksekutif pemasaran, dirogol dan mayatnya dibuang di sebuah kawasan perumahan.
Beliau dipercayai diekori penyerangnya ketika berjoging di
kawasan itu.
Shahril ditahan sejurus selepas mayat Chee ditemui, tetapi
dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian DNA.
Dia bagaimanapun melanggar syarat ikat jaminan dan melarikan
diri ke Perth, Australia, di mana beliau mendapat status penduduk tetap.
Dia ditangkap semula 6 tahun kemudian, semasa tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Perth pada Januari 2012.
Pada Jun 2014, Mahkamah Tinggi membebaskan Shahril kerana
pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada November 2014
mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Shahril membela diri.
Shahril memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang
tertuduh, di mana pendakwa raya tidak boleh menyoal balasnya.
Shahril memberitahu mahkamah, dia bertemu Chee untuk
mengadakan hubungan seks tanpa paksaan dan membayar RM350 kepada seorang lelaki
bernama “Wayne” untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada wanita itu.
Dia memberitahu Mahkamah Tinggi, mereka melakukan hubungan
seks di dalam keretanya dan Chee masih hidup selepas itu.
Dia menafikan terlibat dalam kematian mangsa dan tidak
melarikan diri ke Australia ketika polis masih menyiasat kes tersebut.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago