Connect with us

Berita Lain

Azwan Buat Laporan Polis Dakwaan Skandal Seks Azmin


Selebriti kontoversi Azwan Ali hari ini membuat laporan
polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali seperti yang didedahkan sebuah blog baru-baru ini.
Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang
Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.
“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu
dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis
tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.
“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan
polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan
yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan selepas
membuat laporan polis tersebut.


Sehubungan itu selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva
AA itu mencabar individu terbabit dalam dakwaan berkenaan agar tampil membuat
laporan polis.
“Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak
keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa
masalah kau,” kata Azwan.
Mengulas lanjut, Azwan berkata kehadiran beliau hari ini
bukanlah kerana kasih sayangnya kepada Azmin sebaliknya atas prinsip berani
kerana benar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini bukan soal sayang tetapi soal perjuangan saya, walau
dia bapa saya sekalipun kalau dia lakukan jenayah bukan saya untuk pertahankan
dia,” dakwanya lagi.
Azmin awal minggu ini menafikan tuduhan di blog berkenaan
yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang sudah
berkahwin.
Katanya, artikel itu berniat jahat dan merupakan fitnah
terhadapnya menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
telah menyekat akses ke blog berkenaan selepas seorang wanita membuat laporan
polis.

Sementara itu Azwan turut menggesa Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) mengantung kedudukan Azmin selaku ahli lembaga pengarah pihak
berkuasa itu sehingga siasatan selesai.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel