Categories: Berita Lain

Himpunan ‘Politik Toksik’ – Polis Siasat Dr Siti Hasmah



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini disoal siasat polis di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di ibu negara, pada 10 September tahun lalu.

Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada himpunan berkenaan memberikan ucapan ringkas di hadapan kira-kira 1,000 peserta, yang menggesa wanita supaya memainkan peranan mereka dalam menghentikan ‘politik toksik’ di negara ini.
Perhimpunan itu menyasarkan antara lain, keganasan politik, ugutan, perkauman, seksisme, ucapan kebencian serta kegagalan kerajaan memastikan keselamatan awam dan kesucian perlembagaan persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain Dr Siti Hasmah, hadir bersama adalah anaknya, Datuk Marina Mahathir, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Pemimpin G25, Datuk Faridah Arifin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menjadi individu terakhir berucap sebelum berarak ke Pusat Beli Belah Sogo, Siti Hasmah menyedarkan orang ramai mengenai keperluan untuk menghentikan “politik toksik”.
Siti Hasmah, 91, berkata keadaan kini semakin membimbangkan apabila seseorang mungkin dikasari kerana hanya menyuarakan pendapat.
“Sebab itu kita wanita membantah sekeras-kerasnya politik toksik sebelum toksik itu masuk ke dalam badan kita dan menjadi toksinnya, baiklah kita cegah, hentikan […]
“So ladies, ayuh kita berjalan,” katanya.
Terdahulu, Marina mencatatakan di twitter bahawa polis sedang menyoal ibunya dan menyiarkan gambar, yang menampilkan Siti Hasmah dengan kumpulan “Wanita Unggu” itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago