Categories: Berita Lain

CID: Polis Tak Soal Siasat Siti Hasmah, Sebaliknya Ambil Keterangan


Pihak polis tidak menyiasat, sebaliknya hanya mengambil
keterangan Dr Siti Hasmah Ali, isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan
(HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad berkenaan penglibatan beliau dalam perhimpunan
‘Wanita Bantah Politik Toksik’ September tahun lalu, kata suatu kenyataan Bukit
Aman hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Wan
Ahmad Najmuddin Mohd juga mengingatkan pihak-pihak yang cuba memanipulasi
keadaan itu.
“PDRM ingin menjelaskan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
dipanggil memberikan keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan satu
perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pad September tahun lalu. Tun Dr Siti
Hasmah Mohamad Ali tidak sesekali disoal-siasat tetapi diambil keterangan
secara profesional dan kedudukan serta status beliau di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah beliau (Siti Hasmah) sendiri membuat kenyataan
umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi,”
kata Wan Ahmad Najmuddin.
Beliau juga memberi peringatan terhadap kenyataan ‘berbaur
hasutan’ oleh pihak yang cuba memanipulasi isu tersebut.
“Ini adalah sebahagian daripada proses siasatan dan
tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak,”
katanya.
Re Jumaat lalu, dua pegawai polis dari Bukit Aman merakamkan
keterangan Siti Hasmah di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur selama
lebih sejam.

Peguam beliau, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita
kes itu disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Perhimpunan Aman.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam ucapan beliau pada majlis bantahan yang dikenali
‘himpunan ungu’ itu, Siti Hasmah berucap mengenai keganasan terhadap wanita dan
turut mengulas insiden pelakon Sulaiman Yassin atau terkenal dengan gelaran Mat
Over yang menampar penerbit filem David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak ketika suatu sesi dialog.
Siti Hasmah berkata zaman dahulu tiada yang pernah ditampar
di hadapan perdana menteri.

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago