Connect with us

Berita Lain

300Kg ‘Ice’ Dalam Ratusan Tembikai Ke Malaysia


BANGKOK – Polis Thai terkejut apabila mereka menemukan 300kg
“Ice” (Methaphetamine kristal) disorokkan dalam ratusan buah tembikai dalam
sebuah lori yang mengangkut hasil pertanaian di Nakhon Ratchasima, timur laut
Thailand.

Menurut ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB), Leftenan
Jeneral Sommai Kongvisaisuk, dadah itu dianggarkan bernilai berjuta-juta baht
adalah untuk dibawa ke selatan Thailand untuk kemudian diseludup masuk ke
Malaysia.
“Sekumpulan empat orang. dua lelaki dan dua perempuan
menunggu dadah itu di Yala, selatan Thailand di mana mereka merancang untuk
menyeludupkan bahan itu melintasi Sungai Golok, masuk ke Malaysia,” katanya
kepada Bernama di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sungai Golok ialah sebatang sungai kecil yang memisahkan
Narathiwat di selatan Thailand dengan Kelantan.
Sommai berkata empat orang diberkas oleh pihak berkuasa dalam
serbuan berasingan di Narathiwat dan Yala semalam, dan mereka menyertai tiga
lagi lelaki lain yang ditangkap sehari lebih awal di pusat pemeri9ksaan di
Nakhon Ratchasima.
Ketujuh-tujuh suspek itu kini sedang disiasat polis
berkaitan ke berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata, tentera laut Thai yang
meronda Sungai Mekong dekat sempadan Thai-Laos semalam memintas sebuah bot
membawa kira-kira 11 juta biji “Yaba”, – Methaphetamine tahap rendah.
Mereka menahan seorang lelaki dalam bot itu, katanya. –
BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel