Connect with us

Berita Lain

[6 Gambar] Model Sambilan Maut Dipenggal Kekasih


Penari dan model sambilan dipenggal kepala oleh kekasihnya
dengan sabit yang mengesyaki wanita itu mempunyai teman lelaki lain di
Maharashtra, Gujarat, India, Selasa lalu.
Kejadian berlaku di rumah ladang lelaki berkenaan, Pritesh
Patel, 30, di Timba, berhampiran bandar Surat, India.
Wanita itu, Jyoti Surjeet Singh mengunjungi Pritesh yang
sudah beristeri di ladang berkenaan, bagi meraikan sambutan hari jadi
kekasihnya itu pada 27 Disember.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Daily Mail melaporkan, menurut polis, Jyoti dan Pritesh
kemudian ke Mumbai pada 28 Disember untuk menyambut Tahun Baru sebelum pulang
ke Timba pada 1 Januari. Keesokannya, Jyoti ke ladang berkenaan dihantar
pemandunya, Sandeep dan isteri.

Pertengkaran berlaku antara Jyoti dan Pritesh dan menurut
laporan media tempatan, lelaki berkenaan memenggal kepala Jyoti dengan sabit
sebelum melarikan diri.
Sandeep dan isterinya turut melarikan diri kerana bimbang
diserang Pritesh dan mereka kemudian membuat laporan polis.
Ketika soal-siasat, Pritesh memberitahu polis dia sudah
membelanjakan banyak wang untuk Jyoti sebagai wanita simpanannya namun
mengesyaki wanita itu ada hubungan dengan lelaki lain.
Media melaporkan, hubungan Pritesh dengan isterinya juga
terjejas berikutan hubungan sulitnya dengan Jyoti.
Pritesh mengenali Jyoti kerana sering mengunjungi pusat
hiburan di Mumbai, tempat wanita itu bekerja sebagai penari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel