Connect with us

Berita Lain

Air Mata Tun Siti Hasmah Menitis Di Shah Alam



Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi
tanda hormat kepada perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika
namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan
(HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan
datang.

Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi
sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin
Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini memang nama Dr Mahathir disebut-sebut akan
dicalonkan pakatan terbabit untuk menjadi perdana menteri jika berjaya
menguasai Putrajaya.
Bagaimanapun khabar itu kekal menjadi cakap-cakap biasa
kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong HARAPAN
apabila nama bekas perdana menteri itu dipilih.
Hari ini secara rasmi Dr Mahathir dipilih sebagai calon
perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail
menjadi timbalannya.
Dr Wan Azizah dilihat sempat menenangkan Dr Siti Hasmah
ketika tokoh yang disegani ramai itu menahan perasaan apabila nama suaminya
diumumkan Saifuddin.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut Saifuddin untuk mengukuhkan kepimpinan kerajaan HARAPAN
dan kerjasama antara parti, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan
diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera selepas mereka
mengambil alih kerajaan.

Langkah itu katanya dibuat supaya Anwar dapat segera
berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon perdana
menteri kelapan negara.




– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel