Connect with us

Berita Lain

AMK Selangor Tegur ‘Nada Sinis’ Tolak Dr Mahathir


Ketika beberapa pemimpin kanan PKR Selangor menolak
keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
perdana menteri, sayap pemuda negeri itu pula berpendirian sebaliknya.
“Tidak seharusnya timbul lagi nada-nada sinis penentangan
kerana fokus utama sekarang adalah agenda menyelamatkan Malaysia.
“Saya seru seluruh pendukung perjuangan untuk berjiwa besar
menerima keputusan ini dan kembali fokus kepada agenda utama untuk menumbangkan
Umno dan BN,” kata Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed
Osman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas perbahasan awam sekian lama, HARAPAN semalam
mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail pula menjadi timbalannya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi beberapa pemimpin
negeri, termasuk Zuraida Kamaruddin dan Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor
Hizwan Ahmad yang melihat keputusan itu menggambarkan parti itu tidak mampu
menamakan calon sendiri.
Berkaitan: Pemimpin PKR Selangor tolak Mahathir calon PM
Dalam kenyataan lewat petang ini, Syed Badli Shah berkata
polemik ketidakpuasan hanya akan menjejaskan kestabilan HARAPAN.
“Pada saya kita boleh berbeza pandangan dan cadangan sebelum
keputusan dibuat. Namun setelah kata putus dicapai, ia perlu dipertahankan dan
dihormati.

“Kita perlu berjiwa besar menerima keputusan demi meneruskan
agenda yang lebih utama,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel