Connect with us

Berita Lain

Amuk Gara-Gara Bos Lambat Bayar Gaji…


BERANG gaji lambat dibayar, seorang buruh binaan bertindak
di luar jangkaan apabila mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja
di Sibu, Sarawak.

Tidak setakat itu, lelaki berusia awal 30-an itu turut
bertindak membakar kereta rakan sekerjanya selepas cuba mententeramkan suspek
dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang kelmarin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Insiden di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aman itu bermula
apabila suspek bersama dua lagi individu dipercayai pasangan suami isteri pada
mulanya berkumpul di tapak pembinaan untuk mengambil gaji.
Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan
oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat
membayar gaji kepada pekerja pada bulan ini.

Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek,
namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak
majikannya.
Tidak cukup menyerang ketiga-tiga mangsa, suspek kemudian
bertindak nekad membakar pula kereta Perodua Kancil milik pasangan berkenaan
sebelum bertindak melarikan diri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, tujuh
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua,
Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai
kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah RM12,000.

Kes masih disiasat dan polis sudah mengenal
pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.



Advertisement





– Mynewshub 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel