Connect with us

Berita Lain

Apabila Pakatan Ibarat Menjilat Ludah Sendiri, Kata Salleh


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak berkata, pembangkang sentiasa mengatakan bahawa jika
membentuk kerajaan baharu, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah
memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad dihukum atas kesalahannya.
Beliau berkata, sejak 1998, pembangkang selalu mendakwa
bahawa  ia mempunyai bukti yang cukup
untuk memaksa Dr Mahathir dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi perbicaraan
atas kesalahan dan salah guna kuasa yang dikatakan dilakukannya sepanjang 22
tahun sebagai perdana menteri.
“Cogan kata pembangkang sejak 20 tahun yang lalu adalah
Malaysia perlu diselamatkan dan ini hanya akan berlaku jika Dr Mahathir
digulingkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mahathir dikenal pasti sebagai puncanya dan dan jika
puncanya tidak dihapuskan, maka punca segala kerosakan tidak boleh dikeluarkan.
“Akibatnya, timbul persepsi ramai bahawa rakyat bersatu
menentang Mahathir dan tidak bersatu di bawah Mahathir,” kata beliau
menerusi  catatannya dalam blog beliau
sskeruak.blogspot.my hari ini.
Salleh menyatakan bahawa rakyat menyokong di belakang bekas timbalan
perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dianggap sebagai mangsa
dan Mahathir sebagai penyerang.
“Dan sebabnya dia menjadi mangsa, kata Anwar, ialah
kerana beliau menentang penyalahgunaan kuasa Dr Mahathir dan mendedahkan
kesalahannya.
“Hari ini, rakyat Malaysia diberitahu cerita yang
berbeza dan bertentangan dengan apa yang mereka telah diberitahu selama 20
tahun yang lalu.
“Bagaimanakah Pakatan menjelaskan dan mewajarkan ini
selain menyatakan bahawa satu-satunya perkara terpenting ialah untuk
menggulingkan Perdana Menteri tanpa mengira bagaimana ia dilakukan?”
katanya. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel