Connect with us

Berita Lain

“Baki RM3 Pakcik Kantin Tu Ambik”


TULAR di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu
yang kesal dengan tindakan peniaga kantin di sekolah ‘merembat’ RM3 milik anak
perempuanya berusia 8 tahun.

Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Laila Abdul
Wahab, dia mendakwa anaknya, Farisyah, telah dianiaya oleh peniaga berkenaan
ketika sedang membeli makanan pada waktu rehat persekolahan.
Biarpun RM3 itu jumlah kecil namun menurutnya jika perbuatan
itu dibiarkan, lebih ramai lagi murid yang akan menjadi mangsa.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan video soal jawab di antara Laila dan anaknya
itu, Laila telah memberikan wang sebanyak RM5 kepada anakkanya itu untuk dibuat
belanja.
Si kecil itu kemudian memberitahu dia telah membelanjakan
RM2 untuk membeli nasi ayam dan air milo yang masing-masing berharga RM1.
Ketika menerima baki bayaran daripada RM5 itu, Farisyah
kemudian meletakkan baki RM3 yang diterimanya seketika di atas meja kerana mahu
menutup botol airnya.
Namun secara tiba-tiba pekerja kantin terbabit mengambil
wangnya itu.
Apabila ditanya mengapa tidak menuntut kembali wangnya itu,
Farisya hanya menjelaskan dia malu untuk berbuat demikian.
“Itu duit pakcik ke atau duit Farisyah?” soal ibunya yang
kemudian dijawab Farisyah dengan menepuk dada sendiri bagi memberitahu wang
tersebut merupakan miliknya.
Di penghujung rakaman video, Farisyah sempat memberitahu
pekerja kantin berkenaan merupakan seorang lelaki India dan bukannya lelaki
melayu seperti yang disangkakan oleh Laila.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rakaman berdurasi satu minit 36 saat itu turut menerima
pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita itu memanjangkan
perkara tersebut kepada pihak sekolah bagi mengelakkan perkara seperti ini
kembali berulang.



– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel