Connect with us

Berita Lain

Berang Ditanya ‘Bila Nak Kahwin?’, Suspek Bunuh Wanita Sarat Mengandung 8 Bulan


Seorang lelaki yang dikenali sebagai FN atau nama
panggilannya Nunur, tergamak membunuh jirannya, Aisyah, 32, yang sedang hamil,
hanya kerana berang selalu ditanya bila mahu mendirikan rumah tangga, lapor
Suara.com.
Lelaki berusia 28 tahun itu membunuh Aisyah yang sarat
mengandung lapan bulan pada Jumaat lalu (19 Januari) di Kampung Pasir Jonge,
Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya.
Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis pada Ahad lalu di
Kalideres, Jakarta Barat untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal pihak polis mendapati, sebelum kejadian itu
Nunur dikatakan sedang duduk termenung di hadapan rumahnya. Pada masa yang
sama, Aisyah yang kebetulan lalu di depan rumah Nunur, datang menghampiri
lelaki itu dan memberikan nasihat agar segera bernikah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa berkata kepada suspek, ‘Segera berkahwin, yang
lain kan sudah menikah semua. Kenapa kamu tak kahwin-kahwin lagi’.
Bagaimanapun, nasihat mangsa itu telah menyinggungkan perasaan suspek,”
kata pihak polis.
Merasakan maruah dirinya seperti dipijak-pijak, suspek pada
pagi Jumaat (19 Januari) telah datang ke rumah Aisyah. Tanpa curiga dengan
kehadiran lelaki itu, Aisyah mempelawanya masuk ke ruang tamu.
Aisyah kemudian masuk ke bilik tidurnya dan tanpa disedari
suspek juga turut mengekorinya dari belakang. Mangsa ditolak dan terjatuh atas
katil. Suspek kemudian mencekik mangsa.

Mangsa cuba melawan dan menggigit jari suspek. Tetapi suspek
yang lebih kuat terus mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa.
Bimbang mangsa masih hidup, suspek kemudian memijak leher
mangsa untuk memastikan mangsa benar-benar mati.
“Selepas membunuh mangsa, suspek mengambil wang mangsa
sebanyak 800,000 rupiah dan telefon bimbit mangsa,” kata pihak polis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Suspek sempat melarikan diri ke ibu kota, tetapi berjaya
dijejaki oleh polis lalu ditangkap. Ketika ditangkap, suspek cuba melawan dan
akibatnya polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di kaki suspek.
“Polis telah menyita sejumlah barang bukti dari suspek
seperti motosikal, bantal, selipar, baju dan kain. Suspek akan didakwa dan
bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel