Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Ada Kebijaksanaan, Akalnya Tajam Berbanding Sesiapapun – Muhyiddin

Foto: BH Online

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad membangkitkan semula
dakwaan bahawa terdapat 900 pengundi yang diragui dengan nama “Fatimah Ismail”
dalam daftar pemilih.
Katanya, 900 nama itu didaftarkan di pelbagai pusat undi
seluruh negara
“Baru-baru ini saya dapat salinan daftar pemilih untuk
pilihan raya umum akan datang. Kami dapati banyak percanggahan yang sengaja
dibuat untuk beri kemenangan kepada Najib (Razak). Ada 900 nama Fatimah Ismail
dalam senarai itu yang dilahirkan pada hari yang sama,” kata Dr Mahathir.

Dakwaan berhubung kewujudan 900 pengundi dengan nama yang
sama ini mula dibangkitkan sejak tahun 2013.
Seorang jurucakap Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia
(Merap), Lee Wee Tak pada waktu itu membangkitkan bahawa pengundi berkenaan
dikesan di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya daripada jumlah 900 orang itu, terdapat 14 orang
Fatimah Ismail yang berkongsi tarikh lahir sama.
Seramai 10 orang daripadanya dikesan mempunyai kad
pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama, katanya seperti dilaporkan
portal Malaysiakini pada waktu itu.
Dr Mahathir dalam ucapannya pada malam tadi turut
mendedahkan, terdapat pengundi dalam kawasan Parlimen Langkawi yang kini
terpaksa membuang undi di Alor Setar, ibu negeri Kedah.
Langkawi adalah sebuah pulau dan mengubah pusat pengundian
ke Alor Setar sangat menyusahkan kerana kemungkinan pengundi tidak akan turun
mengundi kerana terpaksa menempuh perjalanan jauh.
“Apabila mereka pergi ke pusat undi dan mendapati nama
mereka tidak ada di sana dan mereka perlu pergi ke Alor Setar, mereka mungkin
tak pergi kerana tak ada masa,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika
pelancaran penubuhan Bersatu Bahagian Setiawangsa di Kuala Lumpur malam tadi.
“Ribuan pengundi Langkawi tidak akan buang undi mereka
kerana pusat undi jauh. Adalah menjadi harapan Najib untuk membuatkan Pakatan
Harapan hilang 1,000 undi,” kata Dr Mahathir lagi.
Bukan hanya di Langkawi, kerana perkara itu berlaku di
seluruh negara. Beliau menambah antara perkara pelik lain dikesan adalah
terdapat 9 juta pengundi dalam daftar pemilih didaftarkan tanpa alamat penuh
mereka.
“Ada yang hanya nombor rumah tapi tiada nama jalan, ada juga
yang ada nama jalan tapi tiada nombor rumah. Ada juga rumah yang pengundinya
ada lebih 70 orang. Dan kami pergi periksa satu alamat di Alor Setar yang ada
11 pengundi berdaftar tetapi bila kami di sana, hanya ada dua. Kami tak tahu
mana datang yang lain,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga mendakwa parti pemerintah berpandangan
orang Melayu mudah disogok untuk menyokong mereka.
“Jadi mereka pisahkan orang Melayu dari Cina supaya mereka
boleh sogok (Melayu) untuk undi Umno dan BN. Ini melanggar undang-undang tetapi
itulah situasi semasa di negara kita,” kata Dr Mahathir lagi kepada hampir 500
penyokong Bersatu yang hadir mendengar ucapannya semalam.
Katanya, situasi semasa negara ini menyebabkan ada rakyat
Malaysia enggan mengakui mereka adalah warganya.
“Berikan Najib satu penggal lagi, kita akan hilang semua
tanah dan kita akan terpaksa tinggal sebelah hutan atau mungkin dalam hutan,”
kata Dr Mahathir.
Katanya, tanpa pembangkang yang kuat, Najib sukar
dijatuhkan.
“Jika kita tak bekerjasama dan terus bersaing sesama
sendiri, kita akan kalah dan Najib akan terus berkuasa. Kerana itulah kita
perlu bersatu,” kata Dr Mahathir.
Katanya lagi parti Bersatu akan terus cemerlang dan beliau
yakin menang PRU14 walaupun pihak pembangkang tidak mempunyai sokongan kewangan
yang mencukupi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita tiada duit tetapi semangat juang kita tinggi yang
lebih bernilai berbanding duit. Mereka rela berkorban buat kerja sukarela
supaya penyangak dapat disingkirkan pada pilihan raya akan datang. Kami yakin
yang kami ada cukup orang dan penyokong yang bukanlah ahli (parti) yang menyertai
perjuangan ini,”
Dr Mahathir juga mengakui PH akan mewarisi masalah kerajaan
sekarang sekiranya menang pilihan raya.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada ucapannya sebelum itu
berkata, beliau tidak cemburu andai Dr Mahathir menjadi perdana menteri apabila
PH berjaya menakluk Putrajaya.
“Saya tak cemburukan dia. Ia bukan tugas mudah. Dr Mahathir
ada kebijaksanaan dan akalnya lebih tajam berbanding sesiapapun termasuklah
Najib. Kita perlukan dia. Kerana itu kita akan terus berjuang,” kata Muhyiddin. 

Sumber: The Malaysian Insight

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel