Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Adalah Faktor Utama Rundingan Kerusi Dapat Dimuktamadkan


PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad memainkan
peranan penting dalam memastikan pengagihan kerusi persekutuan di Semenanjung
Malaysia dimuktamadkan hanya selepas kurang empat bulan perbincangan, kata
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.
Berbanding pilihan raya sebelumnya, ini adalah kali pertama
pakatan pembangkang dapat menyelesaikan rundingan bagi 165 kerusi Parlimen
dengan efisien, katanya.
Gaya kepimpinan bekas perdana menteri bagi memastikan setiap
mesyuarat akan berakhir dengan keputusan adalah kunci bagi memastikan semua
perkara dapat dijalankan, kata Loke.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dr Mahathir sangat berdisiplin. Pertama, beliau sangat
menepati waktu dan mesyuarat sentiasa mula tepat pada masanya.

“Kedua, beliau membenarkan semua orang menyuarakan
pendapat mereka.
“Tetapi paling penting, beliau akan berkata ‘Saya boleh
mendengar anda selama lima jam tetapi selepas lima jam saya mesti membuat
keputusan, setiap mesyuarat mesti ada keputusan, dan selepas itu kita mesti
melaksanakan keputusan itu,” kata Loke kepada The Malaysian Insight .
“Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kita tidak dapat
mencapai persetujuan mengenai banyak keputusan penting, tetapi ketiga-tiga
parti tidak sehaluan, ini salah satu sebab mengapa Pakatan Rakyat gagal,”
kata Loke.
PAS, DAP dan PKR merupakan sebahagian daripada Pakatan
Rakyat (PR) yang kini bubar.
Beliau mengimbas yang PR tidak bersetuju dengan calon
perdana menteri walaupun pada hari penamaan calon PRU13 kerana PAS membantah
pencalonan Anwar Ibrahim dengan alasan mereka tidak dapat meyakinkan penyokong
untuk menyokong bekas timbalan perdana menteri itu.
Anthony Loke

“Saya masih ingat sebelum pilihan raya diadakan
mesyuarat ketika pakatan itu hampir berpecah, malah Anwar tidak mahu
mempengerusikan mesyuarat.
“PAS mahu calon perdana menteri mereka sendiri dan
tidak bersetuju dengan Anwar sebagai perdana menteri. Kami menghabiskan masa
berjam-jam tetapi tiada keputusan. Semua orang kepenatan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Loke mengakui ada pihak di PH yang tidak puas hati dengan
keputusan dibuat dalam konvensyen baru-baru initetapi mengatakan pembangkang
bersatu bergerak ke depan dengan arah yang jelas.
Jentera mereka boleh mula bekerja untuk menjelaskan kepada
pengundi siapa yang akan menjadi perdana menteri, parti mana yang akan
bertanding, di mana dan dasar apa yang bakal PH juara.
Beliau percaya ini akan mewujudkan momentum tepat menjelang
pilihan raya.
“Anda lihat (media milik negara) TV3, Utusan Malaysia;
mereka semua menyerang orang tua (Dr Mahathir),” katanya, merujuk kepada
liputan media pengumuman PH.

“Ini membuktikan apa yang kami lakukan adalah betul dan
Umno kini panik.”

Sumber: TMI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel