Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Seperti Zaman PM Ketika Bertemu Diplomat Kesatuan Eropah


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan
pertemuan dengan sekumpulan diplomat Kesatuan Eropah (EU) delegasi di kediaman
Duta EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandes.
Delegasi pimpinan Pakatan Harapan itu turut disambut oleh 14
Duta dan tiga Charge de Affairs negara-negara EU.
Ahli Majlis Pimpinan Tertingi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin
berkata, walaupun Dr Mahathir bukan lagi menjadi perdana menteri hanya sekadar
calon perdana menteri namun sambutan terhadap kehadiran beliau suasananya tetap
sama.
“Seperti dulu-dulu apabila berjumpa Dr Mahathir adalah
peristiwa penting bagi para diplomat asing di Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Walaupun beliau bukan perdana menteri lagi, tetapi sekadar
calon perdana menteri, namun suasananya tetap sama,” tulis bekas ketua
pengarang New Straits Times itu di Facebooknya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad
Sabu yang menyertai delegasi Pakatan Harapan semalam berkata, antara butiran
dibincangkan kedua pihak mengenai peri pentingnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
dijalan secara bebas dan adil.


Mohamad berkata, PH juga menggesa negara-negara Eropah
memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau
pilihan raya antarabangsa.
Menurut Mohamad, daripada pengalamannya bersama pembangkang
sebelum ini belum pernah pertemuan seumpama ini berlaku menjelang pilihan raya.
“Kebiasaannya, duta negara Eropah bertemu dengan kita
melalui parti masing-masing. Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput.
“Tetapi kali ini kami dijemput sebagai PH. Mungkin ini
isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan,”
katanya kepada The Malaysian Insight.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


– Malaysian Review

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel