Connect with us

Berita Lain

Dua Beradik Ditangkap Khalwat Di Hotel Bajet


JITRA – Dua beradik wanita bersama pasangan masing-masing
yang menyewa dua bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Changlun, di sini
sejak dua hari lalu, ditahan dalam serbuan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu
(PADKP), pagi tadi.

Ketua Operasi PADKP, Azwan Azman, berkata dalam serbuan jam
12.15 tengah malam tadi, dua beradik terbabit berusia 29 dan 33 tahun ditahan
bersama pasangan masing-masing berusia berusia 37 dan 29 tahun dalam dua bilik
berasingan.

Katanya, pihaknya mengetuk bilik hampir 10 minit sebelum
seorang lelaki yang berpakaian lengkap membukanya dan terkejut melihat
kehadiran anggota penguat kuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam
bilik berkenaan sebelum mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram
manakala wanita itu mendakwa dia berstatus janda.
“Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lelaki yang
hanya bertuala manakala pasangannya berpakaian lengkap. Mereka berdua juga
dipercayai berkhalwat kerana tidak mempunyai hubungan yang sah,” katanya yang
dihubungi sebentar tadi.
Azwan berkata, dua wanita terbabit mengaku adik beradik
selepas siasatan mendapati nama bapa yang tertera pada MyKad mereka adalah sama.
“Siasatan awal, wanita yang dipercayai kakak mempunyai
seorang anak manakala adiknya pula mempunyai dua anak.
“Dua pasangan itu dibawa ke pejabat PADKP bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014
kerana berdua-duaan sehingga mendatangkan syak tanpa ikatan sah suami isteri,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel