Connect with us

Berita Lain

Dulu Caci, Sekarang Namakan Tun M Sebagai PM


SHAH ALAM – Wanita BN menyindir tindakan Pakatan Harapan
(Harapan) melantik bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
Perdana Menteri pakatan tersebut.
Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika
Mahathir menjadi Perdana Menteri, hampir setiap hari blok pembangkang mencaci
dan menghina kepimpinannya, selain mengatakan beliau pemusnah demokrasi serta
penindas rakyat.
“Yang anehnya, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi
Perdana Menteri mewakili Barisan Nasional, hampir setiap hari pemimpin
pembangkang, terutama DAP dan PKR mencaci dan menghina kepimpinan Tun Mahathir
yang mereka katakan memusnahkan demokrasi serta menindas rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kini, Pakatan Harapan seolah-olah lupa tuduhan,
kebencian dan penghinaan mereka terhadap Tun Mahathir sehingga sanggup
menamakan Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu, sebuah parti yang baru sahaja
ditubuhkan sebagai Perdana Menteri demi memanipulasi emosi dan fikiran rakyat
dalam memenangi PRU14,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Oleh itu, sayap tersebut meminta rakyat khususnya generasi
muda, supaya bijak memperterjemah permainan politik Pakatan Harapan (Harapan)
yang rakus membuat strategi demi memenangi pilihan raya umum akan datang, demi
kepentingan peribadi pemimpinnya.
Menurutnya, BN konsisten membela isu rakyat dan agenda
pembangunan negara bagi memastikan Malaysia sentiasa dalam keadaan stabil, aman
dan sejahtera.
“Dalam pada itu, hari ini (semalam) saya telah mempengerusikan
mesyuarat Wanita BN yang membincangkan beberapa isu tentang persiapan menuju
PRU14.

“Wanita BN bersiap sedia bersama barisan jentera parti
komponen untuk menjalankan tugas demi mengekalkan kemenangan BN pada PRU14
ini,” ujarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel