Connect with us

Berita Lain

Ezam Tak Rela Dr Mahathir Calon PM, Tetap Mahu Azmin


Mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang masih
‘berbisa’ bekas ketua pemuda PKR sebaliknya beranggapan menamakan pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon perdana menteri untuk Pakatan
Harapan (HARAPAN) bukanlah tindakan tepat.
Kata Datuk Ezam Mohd Nor, HARAPAN mempunyai ramai tokoh muda
yang boleh diketengahkan sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya
mengalahkan BN dalan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara nama yang dipetik Ezam ialah Timbalan Presiden PKR
Datuk Seri Azmin Ali, bekas menteri besar Kedah yang kini menjadi Naib Presiden
BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah
Anwar.
“Apabila HARAPAN menamakan Dr Mahathir sebagai calon
perdana menteri untuk PRU ke-14, saya percaya ianya langkah yang salah dan ke
belakang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Negarawan seperti Dr Mahathir seharusnya perlu kekal
sebagai negarawan. Beliau pula bukan negarawan biasa, sebaliknya negarawan
ulung dan terbilang.
“Negara perlukan Dr Mahathir sebagai negarawan, bukan
membiarkan beliau kembali menjadi politikus yang oversupply (berlebihan) di
Malaysia ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
HARAPAN semalam mengumumkan secara rasmi calon perdana
menteri dan timbalan perdana menteri untuk ditawarkan kepada pengundi sempena
PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Selain Dr Mahathir, HARAPAN meletakkan keyakinan kepada
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Jika berjaya menguasai Putrajaya langkah segera untuk
mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan.
Dakwa ada agenda tertentu
Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian dijadual
diangkat menggantikan Dr Mahathir apabila proses berkenaan selesai.
Ezam adalah antara penggerak awal reformasi sejurus selepas
Dr Mahathir memecat Anwar dalam krisis kepimpinan Umno pada 1998.
Ezam mempunyai sejarah yang berwarna-warni. Selain pernah
kembali menyertai Umno beliau juga pernah menjadi pegawai kanan di Kementerian
Kewangan. Beliau juga pernah dilantik menjadi senator.
Untuk rekod, Menteri Kewangan Malaysia ialah Datuk Seri
Najib Razak.
Ezam bagaimanapun meletakkan jawatan dan memohon menyertai
BERSATU. Selepas beberapa ketika beliau mengumumkan penubuhan sebuah parti
baru. Namun usaha itu juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
Tidak dapat dipastikan apakah status permohonan Ezam untuk
menyertai BERSATU ketika itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Baru-baru ini Ezam menamakan Azmin sebagai salah seorang
calon yang dilihatnya layak menjadi perdana menteri. Untuk digandingkan dengan
menteri besar Selangor itu Ezam menamakan pula anak Dr Mahathir, Mukhriz.
Kata Ezam beliau diberitahu ada kelompok tertentu dalam
HARAPAN mempunyai agenda tersendiri apabila menamakan Dr Mahathir sebagai calon
perdana menteri.
Menurutnya tindakan itu dibuat supaya mereka dapat menafikan
peluang untuk tokoh muda terbabit menjadi “kepala perang” sekali gus
“menutup peluang” kelompok terbabit kemudiannya.

“Amat malang apabila di saat negara-negara lain di
dunia memberikan peluang dan menjulang tokoh muda, kita masih di takuk lama.
“Bukan kerana kita tidak ada tokoh muda yang handal dan
kental, tetapi kerana permainan politik sempit beberapa kerat orang yang takut
hilang kuasa.

Advertisement
“Lebih malang, mereka yang takut ini juga adalah
daripada kalangan pihak yang menggelar diri mereka pejuang rakyat, reformasi
dan progresif,” katanya.

Sumber: malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel