Connect with us

Berita Lain

Farid Didakwa 4 Tuduhan, Mengaku Tak Bersalah


PETALING JAYA – Datuk Farid Kamil Zahari didakwa atas empat
pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan
mengganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu.

Farid Kamil yang juga pengarah dan pelakon, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah,
Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua menyatakan
bahawa Farid Kamil, 37, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Asyraf Ahmad
dan Konstabel Mohd Nizam Jamaludin.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda
maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan
jenayah terhadap Mohd. Nizam dengan niat menghalang tugas polis. Dia didakwa
mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Ia memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau
denda atau kedua-duanya. Farid Kamil turut didakwa atas pertuduhan keempat
iaitu berkelakuan tidak senonoh.
Dia dituduh mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Mohd.
Nizam, yang boleh mendatangkan kemarahan dan penghinaan terhadap mangsa.
Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau maksimum penjara enam bulan
atau kedua-duanya.
Semua kesalahan itu dilakukan di kaunter pertanyaan Balai
Polis Kota Damansara, di sini, pada pukul 1.20 pagi, 11 Januari lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faiq menawarkan
jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Athari Bahardin yang bertindak sebagai peguam Farid Kamil
memohon supaya anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah atas alasan menanggung
seorang isteri, dua anak dan kedua ibu bapanya di kampung.
Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan Farid
Kamil diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mac depan.

Isteri Farid Kamil, Datin Diana Danielle, dilihat turut
hadir ke mahkamah pada pukul 9.20 pagi bersama adik Farid, Fadzil Bahari
Zahari, yang juga bertindak sebagai penjamin. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Mynewshub

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel