Connect with us

Berita Lain

Harapan Hadkan Tempoh PM Hanya Dua Penggal, Asingkan Jawatan Menteri Kewangan


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan
tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan
jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
berkata, cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang  sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.
Gabungan  longgar
pembangkang itu akan turut mencadangkan 
pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan
Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti
melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri,
katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangsa di sini hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi Bersatu, Tun Dr
Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun,  berkata perjuangan Bersatu ialah untuk 30
juta rakyat Malaysia.
“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara
demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu
bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.
Pada sidang  akhbar
selepas pelancaran Bersatu Setiwangsa itu, Dr Mahathir berkata, beliau telah
membuat keputusan untuk hanya  bertanding
di antara tiga kerusi dicadangkan iaitu Parlimen Putrajaya, Langkawi atau
Kubang Pasu.

“Terima kasih (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) atas
pelawaannya untuk saya bertanding di Gombak,” katanya merujuk pelawaan Menteri
Besar Selangor yang bersedia memberi laluan kepada Pengerusi PBBM itu
bertanding di Parlimen Gombak. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel