Connect with us

Berita Lain

Hello, Apa Cerita ‘Rasuah’ Azmin?”


SHAH ALAM – Selepas sebulan menyerahkan dokumen dan bukti
berkaitan penyelewengan dan salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
sehingga ke hari ini, perkhabaran mengenai perkara itu masih belum diketahui.
Pengadu yang juga merupakan adik kepada Azmin, selebriti
Azwan Ali berkata, beliau masih menunggu berhubung status kes berkenaan.
“Tiada apa-apa maklumat setakat ini. Saya ada menerima
notifikasi mengenai perkara itu, tetapi ia secara umum sahaja. Saya dapat itu
(notifikasi) pun seminggu selepas hantar ‘bukti’ berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas itu, tidak ada apa-apa lagi. Saya dah
selesaikan tanggungjawab saya, dah mencabar dia (Azmin), kalau tiada apa-apa
tindakan daripada SPRM maknanya terpulanglah kepada rakyat untuk menilai
perkara itu,” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Pada 20 Disember lalu, Azwan hadir ke Pejabat SPRM,
Putrajaya bagi menyerahkan beberapa dokumen yang dikaitkan dengan isu ‘rasuah’
melibatkan Azmin.
Beliau pada hari berkenaan, hadir pada sekitar jam 10 pagi
dengan membawa sepucuk sampul surat bersaiz A4.

Dalam pada itu, Azwan menjelaskan, percaya akan tahap
profesional SPRM dalam menjalankan tugas mereka.
“Saya tidak akan tekan SPRM (berhubung isu ini), itu
hak mereka untuk menilai kes ini,” katanya.
Sementara itu, Azwan berkata, beliau masih mempunyai
bukti-bukti baharu berkait dengan Azmin yang masih belum dilaporkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Masih banyak bukti yang belum diserahkan kepada
SPRM… nantikan, ini bukan cakap kosong ya,” katanya lagi.

Advertisement
Sinar Online sedang mendapatkan maklum balas SPRM, berhubung
isu ini.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel