Connect with us

Berita Lain

Hina Najib, Ini Iktibar Dipelajari Najip Ali


KUALA LUMPUR – Susulan insiden menghina Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu, pengacara terkenal Najip Ali mengakui
telah mempelajari beberapa iktibar.
Selebriti asal Singapura itu dalam wawancara dengan Berita
Mediacorp berkata, dia berada dalam satu situasi genting apabila bukan saja
dirinya dikutuk, malah keluarganya turut terkena tempias.
“Tak ramai orang yang dapat berada dalam situasi yang
genting seperti ini liputan dalam berita, orang mengutuk, mak bapak dikutuk,
kawan jadi lawan – ia suatu yang sukar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bayangkan jika anda berada dalam posisi saya. Tapi
soalan yang sangat penting untuk ditanya adalah apa yang telah saya pelajari
dari pengalaman ini,” katanya.
Pengacara Asia Bagus itu berkata, iktibar pertama
dipelajarinya adalah menjauhi dirinya dari mereka yang penuh beremosi.
“Apabila seseorang itu beremosi, tidak jelas sama ada
mereka sedang cuba membantu saya atau meluahkan perasaan yang terpendam. Jauhi
atau hindarilah diri daripada mereka yang berperasaan tinggi,” katanya.
Iktibar kedua, kata Najip, ialah perlu mengelilingi mereka
yang lebih bijak dan berpengalaman dalam menangani krisis sedemikian.
“Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang lebih
bijak daripada anda. Bagi saya, seperti peguam, pakar pegawai perhubungan awam
dan wartawan, yang lebih bijak dan pandai daripada anda,” katanya.
Katanya, sepanjang kemelut itu juga dia mengelakkan membaca
komen-komen negatif.
“Dalam dunia digital, jangan membaca perkara negatif
tentang diri anda. Jangan sekali-kali, kerana anda tidak boleh membuat
keputusan wajar dan jelas apabila apa yang anda baca itu adalah negatif,”
tegas Najip.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Manakala, iktibar terakhir katanya ialah kembali kepada prinsip
dan nawaitu dia melibatkan diri dalam persada seni.
“Saya berada di sini bukan sebab glamor. Saya lakukan
ini kerana saya mempunyai minat yang mendalam. Saya bersyukur dapat melakukan
apa yang saya lakukan ini. Ini semua didorong oleh nawaitu,” kata Najip.
Tahun lalu, stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek
Holdings menerusi program ‘OK Chope!’ dalam episod ke-26 program itu dilihat
telah mempersendakan dan menghina Najib.

Advertisement
Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat:
“Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”. Para peserta
program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina
dan mempersendakan perdana menteri.

– Sinar Harian 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel