Connect with us

Berita Lain

Jangan Terlalu Hentam Tun M – Tajuddin


PASIR SALAK: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman menasihatkan rakan-rakan kepimpinannya dalam Barisan
Nasional (BN) supaya jangan terlalu menghentam calon Perdana Menteri dari
Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berpendapat, tindakan sedemikian boleh memberi kesan
negatif kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menurut beliau, pemimpin UMNO dan BN sebaliknya perlu
membentangkan laporan kejayaan dan kecemerlangan yang telah dilakukan kerajaan
BN.
“Bagi saya, eloklah mereka nak letakkan Dr Mahathir
sebagai calon kerana tanggungjawab perdana menteri sangat besar yang memerlukan
stamina, tenaga dan fikiran yang hebat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lazimnya, kalau sudah berumur seperti beliau, tentulah
lemah. Pada saya biarlah dia jadi calon yang lemah, senang kita buat kerja.
Kalau mereka letak calon yang kuat, apa untungnya pada kita,” katanya
kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 45 Tahun Rancangan Tanah
Belia Khas Seberang Perak, dekat sini, pada Sabtu.
Perasmian disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir.
Menurut laporan Astro Awani lagi, Tajudin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekiranya pemimpin UMNO/BN
ingin mengkritik Dr Mahathir, biarlah ia dibuat dengan cara berhemah dan dengan
hujah yang boleh diterima rakyat.
“Dalam budaya Melayu, orang tak suka kita kutuk
pemimpin secara keterlaluan dan kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita
pemimpin yang berhemah dan bermaruah,” ujarnya.
Tambahan pula, kata beliau, pengundi di negara ini telah
sangat matang dan mampu membuat penilaian terbaik masing-masing.
“Saya seru rakan-rakan seperjuangan dalam BN, marilah
kita hadapi PRU akan datang dengan kekuatan dan kejayaan membela rakyat dan
membangunkan negara,” kata Tajudin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel