Connect with us

Berita Lain

Janna Hadiah Ibu Kereta Mewah Sempena Hari Lahir



PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan
ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai
lebih RM230,000.


Hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran
ibunya, Shasha yang ke-44 tahun, semalam. Kata Janna, 23, ibunya tidak pernah
meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir, lapor mynewshub.

“Saya pun tidak pernah pakai kereta mewah. Namun sebagai
anak, tidak salah untuk berbelanja kepada orang yang kita sayang terutama ibu
kandung sendiri yang melahir dan membesarkan saya selama ini.
“Saya percaya kalau kita mendahulukan ibu dan keluarga dalam
segala hal, Allah pasti memberi rezeki yang banyak. Lagi pula tidak perlu nak
kedekut dengan ibu bapa dan adik beradik sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Rezeki yang saya ada sekarang pun adalah hasil berkat
daripada doa dan restu mereka. Jadi, tidak salah untuk saya berkongsi pula,”
katanya yang dipetik portal tempatan Harian Metro.
Janna memilih kereta sebagai hadiah sempena hari jadi kerana
ingin ibunya lebih yakin dan berkata: “Mak saya seorang yang kurang
berkeyakinan. Jadi saya harap dengan hadiah ini dia lebih berani.
“Jauh di sudut hati seorang ibu, saya pasti dia berasa
gembira dengan apa yang diterima. Saya bukannya ingin menunjuk-nunjuk atau
riak, sebaliknya berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.

“Saya berharap ia juga boleh memberi inspirasi kepada orang
lain untuk lebih menghargai dan membalas jasa orang tua dalam apa cara sekali
pun,” kata Janna lagi.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel