Connect with us

Berita Lain

JPJ sita Kereta Mewah Rolls Royce Milik Datuk Aliff Syukri


KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs
Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.
Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan
yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana
kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta
berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan
Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman
kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak
dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut
digunakan.
“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar
kira-kira RM20,000.
“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk
kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana
kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op
Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080
kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.
“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai
kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM
tamat tempoh dan tiada lesen memandu.
“Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut
membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

– Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel