Connect with us

Berita Lain

Kediaman Uzur PDRM Akan Dibaik Pulih – TPM

KUALA LUMPUR – Semua berek kediaman anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang uzur perlu dibaik pulih dan dilengkapi
kemudahan asas mengikut Dasar Perumahan Negara 2.0.


Berita gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, sebagai permulaan, sebanyak RM13 juta
diperuntukkan untuk Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.
“Keperluan asas kediaman anggota PDRM melibatkan
penambahbaikan 15 blok berek anggota PDRM dan ia perlu ikut Dasar Perumahan
Negara 2.0 iaitu menambah dua bilik kepada tiga bilik.
“Selain itu, kemudahan pusat ibadah seperti masjid dan surau
selain kemudahan rekreasi juga perlu ditambah baik,” katanya kepada pemberita
selepas melawat Briged Tengah PGA Cheras di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau
juga akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
menyediakan kediaman anggota polis di kawasan yang kos sewa rumahnya tinggi.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan juga akan
membina sebuah kampus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhaskan untuk anak
pegawai dan anggota polis sahaja.
Menurutnya, MRSM berkenaan berteraskan silibus Ulul Albab
Imtiaz dengan hasrat untuk menjadikan anak polis yang belajar di situ ada
kemahiran hafal al-Quran dan huffaz dan dalam masa sama sebagai golongan
profesional.
Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani
nota kerjasama antara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Maktab
PDRM Kuala Lumpur.
Turut hadir menyaksikan pemeteraian nota kerjasama yang
ditandatangani Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim itu
ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri
Noh Omar.

Advertisement
Ahmad Zahid kemudiannya melancarkan PDRM Night Run 2018 yang
akan diadakan pada 17 Mac di Dataran Merdeka bersempena sambutan Hari Polis
Malaysia ke-211. – BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel