Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Tidak Sekat Kebebasan Bersuara Rakyat – Salleh


KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak menyekat kebebasan bersuara
rakyat jika ia hanya sekadar hal-hal mengkritik kerajaan atau berbeza  pendapat, kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya perkara yang dipantau kerajaan adalah berita
berbentuk  fitnah, perkauman, menjejaskan
keselamatan negara dan melanggar undang-undang negara.
“Begitulah sikap kerajaan tentang kebebasan bersuara
sekarang. Bagaimana boleh kita katakan kerajaan sekarang menyekat kebebasan
bersuara jika pembangkang masih bebas menulis blog mengkritik kerajaan,
menerbitkan portal berita yang antikerajaan, dan membenarkan akhbar pembangkang
dan media sosial terus beroperasi?,” katanya dalam blognya,
sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya terdapat perbezaan antara kebebasan suara dan
menghormati undang-undang negara.
Beliau menjelaskan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan
memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun kebebasan tersebut tidaklah
‘mutlak’.
Namun, Salleh berkata Parlimen juga mempunyai hak untuk
menetapkan had kebebasan bersuara berdasarkan keperluan dan kepentingan negara
seperti keselamatan negara dan orang awam, mengawal penyebaran fitnah, melarang
persoalan tentang kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, dan kedudukan dan hak
istimewa  Melayu dan Bumiputera.
Bendahari UMNO itu berkata undang-undang tersebut bukan
baharu tetapi wujud sejak begitu lama dan bukan semasa zaman perdana menteri
sekarang.
“Akan tetapi kerajaan sekarang pula yang dikatakan tidak
bebas dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.
Salleh menegaskan, dahulu kerajaan menjustifikasikan had
kebebasan itu perlu untuk mengawal perpaduan rakyat disebabkan kemajmukan
masyarakatnya bagi menjamin kestabilan negara dan bagi menghalang penyiaran
laporan yang boleh memberikan imej buruk tentang negara. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tetapi sekarang ini, jika kerajaan mengenakan kawalan,
mereka yang dahulunya menjustifikasikan sekatan dengan sebab di atas berhujah
pula kerajaan menyekat kebebasan bersuara.
“Inilah yang tidak betulnya apabila mempolitikkan semua
perkara untuk tujuan politik,” katanya,
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel